SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - Co-curriculum News 活动新闻

A+ A- Reset

Jemputan kpd Ascendance League Of Chess Anjuran Chess Master Journey Bersama Sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia
07 Jul 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Jemputan kpd Ascendance League Of Chess Anjuran Chess Master Journey Bersama Sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia
 

Saya Mano daripada Chess Master Journey. Kami ingin menjemput pihak sekolah untuk menyertai pertandingan catur online Ascendance League Of Chess anjuran pihak Chess Master Journey dan Ascendance bersama kelulusan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia and Pihak JPNWPKL.
 
Kami, pihak Chess Master Journey bersama dengan Ascendance, menganjurkan pertandingan "Ascendance League of Chess" pada bulan Julai 2021 bagi mencungkil bakat pelajar dalam bidang catur pada waktu pandemik. Kami ingin menjemput sekolah-sekolah di daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengambil bahagian dalam pertandingan catur ini. Bersama-sama ini dilampirkan surat kelulusan program daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat kelulusan dari pihak JPNWPKL.
 
Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat pelajar yang berminat dalam bidang catur dari seluruh Malaysia dan untuk mencari dan memupuk semangat pelajar yang bakal mewakili negara dalam bidang catur.
 
*MAKLUMAT DIKEMASKINI - BERIKUT ADALAH MAKLUMAT TEPAT PERTANDINGAN*
ASCENDANCE LEAGUE OF CHESS
 
Tarikh: 17 Julai 2021
Masa: 9.30am hingga 2pm (Kategori bawah 9 tahun & bawah 21 tahun)
Masa: 3pm hingga 7.30pm (Kategori bawah 12 tahun)
Platform: Online (Secara Dalam Talian)
Yuran Pendaftaran: RM 15 (selepas subsidi oleh Ascendance)
Tarikh Akhir Pendaftaran: 14 Julai 2021
 
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Manogari (Penyelaras Program) +6016 334 7067 atau melalui e-mel ([email protected])
 
Dilampirkan bersama surat jemputan ini adalah surat kelulusan penganjuran program dari pihak KPM, surat jemputan daripada JPNWPKL serta poster rasmi Ascendance League Of Chess dengan butiran yang lengkap.
Sekian, Terima kasih.
 
Yang Benar,
 
Cik Manogari
Penyelaras Program
Chess Master Journey
H/P: +6016 334 7067
 
Muat turun surat kelulusan daripada KPM, JPNWPKL Dan poster di link ini:
 

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment