SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - Co-curriculum News 活动新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN NATIONAL YOUNG REPORTERS FOR THE ENVIRONMENT (NYRE) TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN
19 Jul 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

PERTANDINGAN NATIONAL YOUNG REPORTERS FOR THE ENVIRONMENT (NYRE) TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN
 
Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas dan e-mel daripada Green Growth Asia bertarikh 2 Julai 2021 adalah berkaitan.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Green Growth Asia Foundation (GGAF) akan menganjurkan sebuah Pertandingan Wartawan Muda Alam Sekitar Malaysia atau turut dikenali sebagai National Young Reporters for the Environment (NYRE) Tahun 2021 secara dalam talian yang bermula pada 1 Julai 2021 hingga 31 Oktober 2021.
 
3.         Buat makluman YBhg.Datin/Tuan/Puan, pertandingan ini dirancang sebagai sebuah pengisian aktiviti kokurikulum berimpak tinggi kepada murid berumur 10 hingga 24 tahun. Pertandingan ini membuka ruang serta berfungsi sebagai medium mencungkil serta mengasah bakat murid dalam penghasilan karya-karya kreatif dalam mendepani cabaran perubahan iklim semasa.
 
4.         Penglibatan murid dalam pertandingan ini juga di yakini dapat  menyumbang secara langsung kepada peningkatan penguasaan Bahasa  Inggeris, kefahaman mengenai isu-isu alam sekitar semasa. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diakses di laman lensakelestarian.com.  
 
5.         Sehubungan itu, kerjasama YBhg.Datin/Tuan/Puan dimohon untuk menyebar luas makluman ini kepada murid-murid. Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), poster serta brosur pertandingan untuk makluman dan rujukan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg.Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Sri Themudu di talian 012 695 4240atau e-mel ke [email protected].
 
Kerjasama dan perhatian YBhg.Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

image.png

 

image.png
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment