SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - Co-curriculum News 活动新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN FILEM PENDEK RIBEN MERAH ANJURAN YAYASAN AIDS MALAYSIA DAN YAYASAN SIME DARBY
21 Jul 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

JEMPUTAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH HARIAN BAGI MENYERTAI PERTANDINGAN FILEM PENDEK RIBEN MERAH ANJURAN YAYASAN AIDS MALAYSIA DAN YAYASAN SIME DARBY

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima dan meneliti permohonan penganjuran ini dan pihak KPM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan dalam pembangunan kesenian di negara ini. Walaubagaimanapun, berikutan kesan penularan jangkitan Novel Coronavirus(COVID-19)yang melanda seluruh dunia, penjarakan fizikal merupakan salah satu prosedur yang perlu dipatuhi dalam norma baharu ini.

3.Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak sekolah adalah dimohon untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan program ini kepada guru dan murid di bawah seliaan YBhg. Datin/tuan/puan tentang pelaksanaan Pertandingan Filem Pendek Riben Merah anjuranYayasan Aids Malaysia Dan Yayasan Sime Darby yang bertujuan menggalakkan belia Malaysia terutamanya di peringkat sekolah menengah berusia antara 13-17 tahun memupuk kesedaran berkaitan HIV/AIDS, melakukan penyelidikan berkaitan topik ini dan seterusnya memaparkannya dalam bentuk filem pendek (kurang dari 5 minit) mengikut tema dalam lampiran yang disertakan dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 28 September 2021.

4.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datin/tuan/puan boleh menghubungi Dr.Shazard ditalian 012-3510631atau melalui [email protected], Encik Azahemydi talian 016-6465874atau melalui emel [email protected] dan Puan Nanda T. Mohd Nasib, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Muriddi talian 03-62046098 atau melalui emel [email protected].

Kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Datin/tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID 19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment