SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - Co-curriculum News 活动新闻

A+ A- Reset

e-PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2021
17 Aug 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

e-PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2021

Dengan hormatnya saya merujuk surat Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia nombor rujukan KPM.600-17/1/35 Jld 2 (39) bertarikh 4 Ogos 2021 berhubung perkara  di atas. 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan e-Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021.

3.          Untuk makluman, penyertaan bagi pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga KPM dalam kalangan pegawai di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan guru-guru di sekolah KPM.

4.         Sehubungan dengan itu, jabatan ini berhadap agar tuan / puan dapat memanjangkan        maklumat pertandingan ini kepada guru-guru di sekolah tuan / puan. Bersama-sama ini disertakan syarat dan terma pertandingan untuk makluman dan tindakan pihak tuan / puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, tuan / puan boleh hubungi Encik Mohd Zamri Bin Mohamed Noor  di talian 011-3593 8069 atau Pn Nor Awalana Binti Bolot melalui emel kepada [email protected]. 

Kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MOHD NAJIB BIN AB. RAHMAN, KMW )                            

Timbalan Pengarah Pendidikan

Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

b.p.:     Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

NAB/ybz/Pertandingan Adab dan Nilai Sekolah-sekolah WPKL


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment