SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - Co-curriculum News 活动新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN SENI LUKISAN HOPE 2021
04 Oct 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN SENI LUKISAN HOPE 2021 


Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Untuk makluman pihak YBrs Dr./Tuan/Puan, Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE),  dan Yayasan Tzu Chi Malaysia akan menganjurkan program berasaskan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan pada bulan Oktober tahun ini. Program HOPE 2021 akan dianjurkan dengan tema “Kebersamaan Masyarakat Malaysia Ketika Bencana dan Pandemik COVID-19: #kitajagakita #pemerkasaankomuniti”.
 
3. Bagi memeriahkan program tahun ini, satu pertandingan seni lukisan akan diadakan dari 1 – 22 Oktober 2021 khusus untuk warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 13 – 18 tahun. Selain dari niat untuk memupuk semangat kemanusiaan dan kesedaran sivik, kami di pihak penganjur juga berhasrat untuk meraikan bakat belia tempatan dalam bidang seni lukisan melalui aktiviti pertandingan ini. Butiran lanjut mengenai syarat dan panduan penyertaan boleh dirujuk di poster pertandingan yang dilampirkan bersama surat ini.
 
4. Sehubungan itu, kami ingin memohon bantuan pihak YBrs Dr./Tuan/Puan untuk menghebahkan maklumat pertandingan ini kepada murid-murid di sekolah yang diuruskan/diselia oleh pihak YBrs Dr./Tuan/Puan. Turut dilampirkan bersama emel ini adalah ringkasan bagi maklumat pertandingan seni lukisan ini dalam format JPG (Bahasa Malaysia dan Inggeris) untuk hebahan melalui media sosial pihak sekolah, sekiranya berkaitan.
 
5. Untuk makluman pihak YBrs Dr./Tuan/Puan juga, program HOPE 2021 telah mendapat kelulusan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi pengiktirafan penyertaan program dan penganugerahan markah kokurikulum pula, satu laporan program bersama butiran murid-murid yang menyertai aktiviti program akan dimajukan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM dalam tempoh 30 hari selepas tamat program.
 
6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini, mohon ajukan kepada kami melalui panggilan telefon atau WhatsApp di +6013-7599761 (En. Muhaimin) / +016-398 6199 (Cik Diyana), atau emel kepada [email protected]. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan dari pihak YBrs Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

Sekian,

 

“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

Shared Prosperity Vision 2030
 
“Kewajipan, Maruah, Integriti”
Duty, Honour, Integrity

 

MOHD MUHAIMIN B. RIDWAN WONG

Pegawai Penyelidik

b.p. Pengarah,

Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR),

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,

Kem Perdana Sungai Besi,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: +6013 759 9761


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment