SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU DAN MENULIS LIRIK SEKOLAH MENENGAH PROGRAM WIRA ANTI RASUAH (WAR) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2021
29 Jun 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU DAN MENULIS LIRIK SEKOLAH MENENGAH PROGRAM WIRA ANTI RASUAH (WAR) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2021

 

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

 

2.   Dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM), Sektor Pembangunan Murid (SPMu), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan mengelolakan pertandingan tersebut di atas yang bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid melibatkan diri dalam pertandingan dan seterusnya berpeluang memperolehi markah penyertaan dan pencapaian PAJSK. Di samping itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat dan keupayaan murid dalam menghasilkan projek/bahan pertandingan untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan serta melihat perspektif mereka tentang isu rasuah dan menyelami respon mereka terhadap isu tersebut di negara kita. 

 

3.   Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan selaku Ketua Jabatan dimohon untuk menggalakkan murid-murid dari sekolah tuan/puan untuk menyertai pertandingan tersebut di atas. Berikut disertakan bersama-sama ini surat yang jelas menyatakan maksudnya beserta peraturan, terma dan syarat-syarat pertandingan. Sebarang pertanyaan lanjut sila rujuk kepada pegawai meja yang bertanggungjawab seperti yang tertera di dalam surat yang dilampirkan. 

 

4.   Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

​Saya yang menjalankan amanah,

 

(MAIHANIZA BINTI AB. GHANI)

Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR 

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment