SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN DALAM TALIAN #jejakjuarakl2021: KARNIVAL STEM – STEM DECATHLON CHALLENGE
29 Jun 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

Salam Sejahtera dan Sayangi Malaysia KU
MAKLUMAN PERUBAHAN PAUTAN PENDAFTARAN  DAN  TELEGRAM PERTANDINGAN DALAM TALIAN #jejakjuarakl2021: KARNIVAL STEM – STEM DECATHLON CHALLENGE (Fail 2)

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM), Sektor Pembangunan Murid (SPMu), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan menganjurkan pertandingan tersebut untuk meningkatkan minat dan menguji kemahiran murid dalam aliran Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM).

3.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan dimohon untuk mencalonkan seorang guru mentor dan dua puluh (20) orang peserta murid (Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan/atau 5) dengan pencapaian terbaik dalam mata pelajaran berkaitan bidang STEM dari sekolah tuan/puan untuk menyertai pertandingan tersebut yang akan diadakan secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:

            Tarikh Pertandingan: 14 Ogos 2021
            Masa Pertandingan : 10.00 pagi hingga 11.20 pagi
            Pendaftaran : https://bit.ly/daftarwpklsdc2021 - sebelum atau pada 16                                  Julai 2021 (Jam 4.30 petang)
            Pautan Telegram Terkini (7/7/2021) : Telegram Rasmi Pertandingan -                                       https://t.me/joinchat/5Dd9Ta_-1rw5NmZI
 

4.         Murid yang dicalonkan mesti menjawab soalan yang dikemukakan tanpa bantuan guru, ahli keluarga dan/atau rakan-rakan. Pihak penganjur tidak menyediakan keperluan pertandingan (peranti, talian internet dan sebagainya). Maklumat berkaitan pertandingan boleh diperolehi dengan melayari pautan http://gg.gg/siteupbmjpwpkl.

5.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi Cik Norleen binti Kamardin, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di talian 03-62046856 atau emel [email protected].

Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID 19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID

 

PERTANDINGAN DALAM TALIAN #jejakjuarakl2021: KARNIVAL STEM – STEM DECATHLON CHALLENGE

 

Dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas dirujuk.
 
2.     Maklumat berkaitan perkara berkenaan adalah seperti di lampiran.

Sekian, terima kasih.


UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
Blok Duta 1, Aras 4
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 Kuala Lumpur, Malaysia.

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment