PERTANDINGAN NATIONAL YOUNG REPORTERS FOR THE ENVIRONMENT (NYRE) TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN
Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas dan e-mel daripada Green Growth Asia bertarikh 2 Julai 2021 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Green Growth Asia Foundation (GGAF) akan menganjurkan sebuah Pertandingan Wartawan Muda Alam Sekitar Malaysia atau turut dikenali sebagai National Young Reporters for the Environment (NYRE) Tahun 2021 secara dalam talian yang bermula pada 1 Julai 2021 hingga 31 Oktober 2021.
3. Buat makluman YBhg.Datin/Tuan/Puan, pertandingan ini dirancang sebagai sebuah pengisian aktiviti kokurikulum berimpak tinggi kepada murid berumur 10 hingga 24 tahun. Pertandingan ini membuka ruang serta berfungsi sebagai medium mencungkil serta mengasah bakat murid dalam penghasilan karya-karya kreatif dalam mendepani cabaran perubahan iklim semasa.
4. Penglibatan murid dalam pertandingan ini juga di yakini dapat menyumbang secara langsung kepada peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris, kefahaman mengenai isu-isu alam sekitar semasa. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diakses di laman lensakelestarian.com.
5. Sehubungan itu, kerjasama YBhg.Datin/Tuan/Puan dimohon untuk menyebar luas makluman ini kepada murid-murid. Bersama-sama ini disertakan surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), poster serta brosur pertandingan untuk makluman dan rujukan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg.Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Sri Themudu di talian 012 695 4240atau e-mel ke [email protected].
Kerjasama dan perhatian YBhg.Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.