PROGRAM WE THINK DIGITAL: STUDENT COMPETITION 2021
|
PROGRAM WE THINK DIGITAL: STUDENT COMPETITION 2021
PERLAKSANAAN PROGRAM WE THINK DIGITAL: STUDENT COMPETITION2021 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat dari Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia, nombor rujukan: KPM.600-12/1/1 JLD 13 (24) bertarikh 29 Julai 2021 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan kerjasama bersama-samaYayasan Teach For Malaysia(YTFM) dan Facebook(FB) bagi ProgramWe Think Digital(WTD): Student Competition2021. Penganjuran program WTD yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020 menggunakan format pembelajaran daripada pelatih melalui bengkel fizikal dan dalam talian. 3. Sehubungan dengan itu, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memohon jasa baik dan kerjasama pihak tuanagar dapat memanjangkan makluman berkaitan program ini kepada guru dan murid di sekolah tuan. Maklumat lanjut mengenai Program WTD: Student Competition2021 boleh diakses melalui DELIMa KPM di bahagian aktiviti murid dan guru. Maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/fb-wethinkdigital/events.
|
|