PELANJUTAN TARIH PROGRAM-PROGRAM #KENALIASEAN 2021
| |||||||||||||||||||||
PELANJUTAN TARIH PROGRAM-PROGRAM #KENALIASEAN 2021Salam JPWPKL Mercu Kegemilangan, Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk dan surat dari Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam KPM.600-12/1/1 Jld.13 (45) bertarikh 9 Ogos 2021 adalah berkaitan.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pembangunan Murid (SPMu), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah menerima surat mengenai maklum balas BSKK kepada Bahagian Perhubungan Antarabangsa (BPA), KPM mengenai pelanjutan tarikh program-program #KENALIASEAN 2021 secara dalam talian dan mengambil maklum bahawa terdapat pelanjutan tarikh baharu pertandingan. Tarikh-tarikh baharu pertandingan adalah seperti berikut:
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan selaku Ketua Jabatan adalah dimohon untuk mengambil maklum dan sila buat hebahan kepada sekolah masing-masing jika berkenaan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Rizawani Binti Mustafa di talian 03-88841174 atau e-mel [email protected]
Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19" "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah, (MAIHANIZA BINTI AB. GHANI) Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KUALA LUMPUR
|
|||||||||||||||||||||
|
Post a Comment 发表评论
Please [login] to post comment