PROGRAM WIRA ANTI RASUAH (WAR) BERKONSEPKAN PERTANDINGAN "TIKTOK" SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2021
| ||
Attachment 附件: | ||
| ||
PROGRAM WIRA ANTI RASUAH (WAR) BERKONSEPKAN PERTANDINGAN "TIKTOK" SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2021Salam JPWPKL Mercu Kegemilangan, Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk dan e-mel bertarikh 26 Julai 2021 adalah berkaitan. 2. Dimaklumkan bahawa UPBM,SPMu, JPWPKL bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur (SPRMKL) akan menganjurkan pertandingan tersebut di atas bertujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam pertandingan dan seterusnya berpeluang memperolehi markah penyertaan dan pencapaian Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) walaupun semasa di dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di samping itu, ia berhasrat untuk mencungkil bakat dan keupayaan murid dalam menghasilkan projek/bahan pertandingan untuk diketengahkan di peringkat negeri serta melihat perspektif murid-murid sekolah tentang isu rasuah dan menyelami respon mereka terhadap isu tersebut di Malaysia. 3. Walau bagaimanapun sehingga tarikh 16 Ogos 2021, hanya lima (5) penyertaan sahaja yang diterima. Sehubungan itu, kerjasama tuan selaku Ketua Jabatan di sekolah masing-masing dimohon untuk menggalakkan murid-murid dari sekolah tuan bagi menyertai pertandingan tersebut yang akan diadakan secara dalam talian (sila rujuk syarat-syarat pertandingan yang dilampirkan). Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini sila hubungi Cik Maihaniza Binti Ab. Ghani atau Puan Nanda T. Mohd Nasib di talian 03-62046098 atau Tuan Sufian Bin Shafie melalui e-mel [email protected] Kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19" "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, (MAIHANIZA BINTI AB. GHANI) Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KUALA LUMPUR
|
||
|