PERTANDINGAN MENCIPTA DIORAMA BERASASKAN BAHAN KITAR SEMULA 2021 ANJURAN YPASM
| ||||
Attachment 附件: | ||||
| ||||
PERTANDINGAN MENCIPTA DIORAMA BERASASKAN BAHAN KITAR SEMULA 2021 ANJURAN YPASMSelamat Sejahtera,
YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN PERTANDINGAN MENCIPTA DIORAMA BERASASKAN BAHAN KITAR SEMULA SEMPENA PENGANJURAN ‘9th MALAYSIAN INTERNATIONAL SEMINAR ON ANTARCTIC (MISA9)’ UNTUK MURID SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2021 ANJURAN YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN (YPASM)
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dengan kebenaran Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Diorama Berasaskan Bahan Kitar Semula Sempena Penganjuran ‘9th Malaysian International Seminar On Antarctic (MISA9)’ Untuk Murid Sekolah Menengah Negeri Kedah Secara Dalam Talian Tahun 2021.
3. Pertandingan mencipta Diorama adalah pertandingan mencipta satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek atau menggambarkan situasi sebenar yang dicipta untuk tujuan pendidikan atau pemeran daripada bahan kitar semula. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah Negeri Kedah. Tema pertandingan ini ialah ‘Wilayah Polar dalam Krisis Perubahan Iklim’. Maklumat lanjut, terma syarat dan borang penyertaan pertandingan boleh diakses melalui laman sesawang http://www.ypasm.my/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 05 September 2021.
4. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan Puan Norfadilah bt Zoolkhapli ([email protected]) atau Encik Emirul Redzuan bin Mohd Khalid ([email protected]) di talian 03-2691 0561. Untuk pendaftaran dan syarat-syarat pertandingan sila layari ypasm.my/pertandingan-mencipta-diorama-berasaskan-bahan-kitar-semula/.
Sekian, terima kasih.
b/p: MOHD NASARUDDIN ABD RAHMAN Ketua Pegawai Eksekutif
|
||||
|