SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH MAGGI 2021
24 Aug 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Attachment 附件:

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH MAGGI 2021

 

Dengan sukacita perkara di atas dirujuk.

 

2.         Dimaklumkan bahawa Maggi akan menganjurkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI 2021 (MSSCC). Pertandingan ini dibuka kepada murid Tingkatan 1 hingga 3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi memupuk minat suka memasak dan mencungkil bakat serta meninggikan tahap kreativiti murid. Selain itu, pertandingan ini juga menyemai kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan seimbang yang lengkap dalam kehidupan harian.

 

3.         Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon untuk menyebar luas maklumat berkaitan pertandingan ini kepada semua murid Tingkatan 1 hingga 3 di bawah seliaan tuan. Infomasi lengkap dan pendaftaran boleh didapati melalui pautan https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/pertandingan-memasak-2021/ dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 3 September 2021 jam 5.00 petang. Bersama-sama ini dilampirkan kertas konsep MSSCC 2021 makluman dan rujukan tuan.

 

4          Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Mohamed Reza Aliasad, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di talian 03-62046095/012-6594158.

 

5.         Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
Blok Duta 1, Aras 4
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 Kuala Lumpur, Malaysia.


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment