PROGRAM PENDIDIKAN KEWANGAN SEMPENA BULAN LITERASI KEWANGAN UNTUK SEMUA MURID & GURU DI WP KUALA LUMPUR
| ||
Attachment 附件: | ||
| ||
PROGRAM PENDIDIKAN KEWANGAN SEMPENA BULAN LITERASI KEWANGAN UNTUK SEMUA MURID & GURU DI WP KUALA LUMPUR
Salam hormat, Fun (d) for Life adalah sebuah inisiatif 100% percuma oleh Arus Academy dengan sokongan FWD Takaful untuk meningkatkan tahap celik kewangan dikalangan murid 7-18tahun, para guru serta ibubapa. Program ini adalah selaras dengan Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kewangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, Fun (d) for Life juga merupakan 1 daripada 13 inisiatif seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang dipengerusikan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam misi untuk mendorong pelaksanaan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023. 2. Inisiatif ini telah pernah dikongsikan melalui media AstroAwani, BernamaTV, TheStar & akan datang, melalui Didik TV seperti dapat dilihat melalui portal: http://fundfor.life/media
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan sesalinan aktiviti yang akan berlansung sepanjang Bulan Literasi Kewangan untuk hebahan kepada sekolah tuan/puan. Semua aktiviti yang adakan bertujuan mendidik dan mengukuhkan tahap pendidikan kewangan para guru dan murid, sambal menawarkan hadiah wang tunai yang boleh dijadikan titik permulaan tabung simpanan terutamanya bagi para murid.
Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, 50604 Kuala Lumpur |
||
|