SMJK KWANG HUA

巴生光华国民型华文中学
诚 勤 俭 毅


新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset

Bengkel Anti-Merokok
02 Nov 2007 School Admin - SMJK Kwang Hua (SELANGOR, KLANG) 文件存於 Filed Under Bengkel Anti-Merokok

 

 Bengkel Anti-Merokok

Sempena Minggu UBK 2007,  Unit Bimbingan & kaunseling telah mengadakan program Bengkel Anti-Merokok. Program ini diadakan pada 29-6-2007 iaitu Jumaat dan tempatnya ialah Dewan Kwang Hua. Program ini dijalankan pada 7.30pagi hingga 10.30pagi.

Wakil-wakil dari Yelex telah dijemput untuk mengendalikan program ini. Program Bengkel Anti-Merokok diadakan untuk menyedarkan pelajar-palajar tentang bahayanya merokok dan terbuka kepada sesiapa yang berminat. Sebelum program ini bermula, pensyarah dan fasilitator-fasilitator dari kolej Yelex membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan untuk menjalankan aktiviti.Fasilitator- fasilitator ditugaskan sebagai pemimpin kepada setiap kumpulan untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti dengan pelajar-pelajar.

Aktiviti pertama yang dijalankan adalah ‘ice-breaking' yang bertujuan untuk mengenali rakan-rakan baru dalam kumpulan sendiri.Kemudian, pensyarah menerangkan keburukan merokok sambil menayangkan ‘slide-show' dan filem pendek.

Seterusnya, 4 kumpulan diberi tugas untuk membincang  dan membentang maklumat tentang kebaikan dan keburukan merokok serta cara untuk membuang tabiat merokok. Kumpulan ke-4 telah menyampaikan idea yang paling berinformasi dan mereka telah memenangi sebuah ‘hamper' sebagai hadiah. Kumpulan-kumpulan yang lain juga mendapat satu tin minuman.

Sebelum bersurai, Pn. Sally menyampaikan sijil penghargaan kepada pensyarah.

Semua orang juga berkesempatan mengambil gambar sebagai kenangan.


 





搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment