2015 Program Orientasi Pelajar Baru
|
Laporan Orientasi Pelajar Baru - Pelajar Baru, Tingkatan Satu & Peralihan Tahun 2015
Tarikh : 17.1.2015 ( Sabtu ) Tempat : Dewan SMJK Katholik Sasaran : Semua pelajar baru
Aktiviti Yang Dijalankan :
a) Mengenali rakan - rakan dalam kelas melalui aktiviti Ice Breaking. b) Pendedahan tentang disiplin dan peraturan sekolah serta panduan menggunakan buku peraturan yang harus dibawa setiap kali ke sekolah. c) Perkhidmatan kebajikan yang ditawarkan oleh pihak sekolah contoh biasiswa, bantuan dan perlindungan insurans. d) Memperkenalkan semua aktiviti kokurikulum yang ditawarkan dan mendedahkan kepentingan penilaian kokurikulum kepada para pelajar. e) Latihan menyanyikan lagu sekolah, kawad kaki dan pembarisan untuk perhimpunan. f) Mempromosikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, serta bahan-bahan rujukan dan bacaan yang disediakan oleh unit ini. g) Mendedahkan Penilaian Psikometrik kepada para pelajar. h) Memperkenalkan kelas tambahan Bahasa Jepun. i) Melawat kawasan sekolah. |
|