SMJK YOK BIN MELAKA


马六甲育民国民型中学
( The Cultured School 树立高尚校风 )
 
 
News and Events 新闻与事件
School News 学校新闻
A+ A- Reset
KEM JATI DIRI V DI TAMAN NEGARA PAHANG
11 Jun 2008 Chan Chin Ho Filed Under 文件存於 kem jati diri smjkyb di taman negara kuala tahan, jerantut

Pada tanggal 2 - 4 Mei 2008, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kokurikulum, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Koperasi SMYB Berhad dan Unit Hal Ehwal Murid telah menganjurkan Kem Jati Diri ke-5 di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Tarikh program ditempah sejak tiga bulan yang lalu kerana jadual yang padat di taman negara.

Sebanyak 8 orang guru dan 36 orang pelajar mengharung cabaran di Taman Negara Pahang. Antara guru yang mengiringi pelajar ialah En. Wua Tiew Jen, En. Chan Chin Ho, En. Adnan Bin Nordin, Cik Tan Cheng Pheng, Pn. Too Chit Joan serta suami tersayang En. Lim Jit Thong.

Matlamat program ini adalah membentuk jati diri pelajar yang mantap, di samping melahirkan pelajar yang berbudaya tinggi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jelajah gua telinga, melawat kampung Orang Asli, persembahan video Taman Negara Pahang, kembara malam, kembara hutan ke Bukit Teresek, jambatan gantung, boat ride, dan rapids shooting. 

Dapatan daripada borang penilaian menunjukkan bahawa pelajar amat berpuas hati dan gembira kerana berjaya menamatkan cabaran dan rintangan di taman negara dengan penuh semangat. Mereka akan mengikuti Kem Jati Diri pada tahun 2009 di tempat yang lebih mencabar.

Kem Jati Diri SMJK Yok Bin pernah dijalankan di Anjung Tasik, Kem Pusat Kokurikulum Lanchang dan Kem Tasik Biru, Melaka.

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment
© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates