Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Pertandingan Kad Kreatif Hari Guru 2008 dari 1 - 10 Mei 2008. Sebanyak 25 kad telah dipilih untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas.
Matlamat pertandingan ini adalah untuk mewujudkan budaya sekolah penyayang antara pelajar dengan guru, di samping memeriahkan sambutan Hari Guru 2008. Pelajar dapat mengekspresikan perasaan kasih sayang dan mengenang jasa kepada guru pada sekeping kad yang bernilai sentimental. Program ini dianjurkan buat kali kedua setelah mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar, PIBG, guru-guru dan pentadbir.
Daripada 25 kad yang diplih, juri akan memilih penerima Anugerah Ilustrasi Terbaik, Anugerah Reka Bentuk Terbaik dan Anugerah Ucapan Terbaik. Juri turut akan memilih Johan Keseluruhan, Tempat Kedua dan Ketiga. Juri diketuai oleh En. Mohd. Yatim Bin Abu @ Basori, En. Chan Chin Ho, Pn. Tay Soo Fern dan Cik Thangamani. Pemenang akan menerima trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan. Keputusan dijangka akan diumumkan pada 16 Jun 2008 semasa perhimpunan rasmi. Siapakah yang terbaik antara yang terbaik? Sama-sama kita nantikan detik itu.
Akhir kata, Guru Cemerlang, Sekolah Terbilang