02 Jul 2008 Chan Chin Ho Filed Under 文件存於 kem istiqamah
Panitia Pendidikan Islam, Unit Kokurikulum, PIBG, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Koperasi dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka menganjurkan Kem Istiqamah dari 20 - 22 Jun 2008 di Anjung Tasik, Durian Tunggal, Melaka.
Pelajar Islam SMJK Yok Bin sebanyak 81 orang diterapkan dengan ilmu keagamaan dan kerohanian daripada konsultan jemputan dari Kuala Lumpur dan Unit Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Majlis Penutupan disempurnakan oleh En. Tay Tiow Sai, Pengetua SMJK Yok Bin.