Lawatan Patriotik ke Genting Highlands & Istana Budaya
22 Aug 2008 Chan Chin Ho Filed Under 文件存於 patriotik
Pada 2-3 Ogos 2008, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Lawatan Patriotik ke Genting Highlands dan Istana Budaya. Guru pengiring ialah En. Chan Chin Ho, Cik Thangamani A/P Saminathan, Pn. Haslinda Binti Musa dan Cik Nor Haslena Binti Abd. Rahman. Sebanyak 36 orang pelajar menyertai lawatan tersebut.
Matlamat program ini adalah mendedahkan pelajar tentang keistimewaan dan keindahan yang terdapat di bumi Malaysia, di samping memupuk semangat patriotik dalam sanubari pelajar menerusi teater muzikal patriot di Istana Budaya, Kuala Lumpur.