SMJK YOK BIN MELAKA


马六甲育民国民型中学
( The Cultured School 树立高尚校风 )
 
 
News and Events 新闻与事件
School News 学校新闻
A+ A- Reset
Lawatan Patriotik ke Kuala Lumpur & Istana Budaya
22 Aug 2008 Chan Chin Ho 

Lawatan Patriotik ke Istana Budaya sempena pementasan teater muzikal Ibu Zain telah berjalan dengan jayanya dari 17-18 Ogos 2008. Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara guru pengiring ialah En. Chan Chin Ho, Pn. Kamisah Binti Dris, Pn. Chiew Shei Ling, Cik Teo Mei Yen, Pn. Soh Lay Hui, Pn. Azbahani Binti Abu Bakar dan Pn. Sharifah Binti Kasim. Sebanyak 33 orang pelajar menyertai lawatan sempena cuti-cuti sekolah ini.

Matlamat program ini adalah memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar menerusi teater muzikal Ibu Zain. Ibu Zain merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang berasal dari Kampung Nyalas, Melaka. Oleh itu, program ini diharap dapat mendedahkan pelajar tentang sumbangan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang amat berjasa kepada negara suatu waktu dahulu. Tokoh-tokoh tersebut perlulah dihargai dan dikenang sepanjang masa. Bak kata pepatah Melayu, 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.'

 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment
© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates