Lawatan Sambil Belajar ke The Japan Foundation Kuala Lumpur
Tarikh : 15 April 2009 ( Rabu)
Ketua rombongan : Encik Bong Jun Wat
Guru pengiring : Cikgu Yeo Woon Chew
Persatuan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke The Japan Foundation Kuala Lumpur pada 15 April 2009. Seramai 40 orang ahli persatuan telah menyertai rombongan tersebut bawah bimbingan guru penasihat persatuan, iaitu Encik Bong dan Cikgu Yeo.
Mr. MURATA Akihiko, Director of The Japan Foundation Kuala Lumpur telah menyambut kedatangan kami dengan mesranya. Kami telah diberikan pendedahan tentang Tatami Room Experience. Di samping itu, kami juga telah melawati perpustakaan JFKL, menghadiri sesi bahasa Jepun dan sesi origami.
Berikut merupakan koleksi foto rombongan untuk tatapan anda.