SMJK CHUNG HWA

吉兰丹中华国民型中学

新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset

Program 1 Malaysia
27 Jun 2009 School Admin - SMJK CHUNG HWA (KELANTAN) 

  Program 1 Malaysia

Tarikh                :18.06.2009(Khamis)

Masa                 :11.00pagi

Tempat              :Stadium SMJK Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan

Perasmian oleh   :YABrs.Tn.Hj.Mohd Nasir Bin Salleh
                            Pengarah Penerangan Negeri Kelantan

Pengarah penerangan negeri Kelantan hari YABrs.Tn.Hj.Mohd Nasir Bin Salleh dalam rawatannya ke SMJK Chung Hwa, Kota Bharu merasmikan Program 1 Malaysia peringkat sekolah.

                Dalam ucapannya, beliau memberi penjelasan dan menerangan tentang intisari serta perisian program 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri  Malaysia,  Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak.

                Beliau menekankan bahawa guru mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting untuk membina insan yang mempunyai ketinggian sahsiah, rohani dan taat setia kepada raja dan Negara.  Hal ini penting kerana generasi muda pada masa ini lah yang bakal menjadi pemimpin  negara kelak.  Sekolah merupakan institusi yang paling asas untuk memupuk semangat perpaduan, di sini lah tempatnya masyarakat mudah yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, kaum,  etnik dan latar belakang berkumpul untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

                                Dengan itu, beliau menyeru supaya anak-anak muda sekalian supaya menjaga tingkahlaku, perangai dan sahsiah masing-masing.  Bersama-samalah kita berusaha membina Negara Malaysia sebagai negara yang bersifat 1 Malaysia yang pencapaiannya cemerlang dan gemilang.

                Zaman penjajahan merupakan zaman yang pahit, renung-renunglah pada masa itu, kita semua bekerjasama menentang dan berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Hargailah kebebasan dan kemerdekaan ini dan janganlah kita sekali-kali mengkhianati tanah air ini.  Sama-samalah kita membangunkan dan memajukan negara Malaysia, sebagai 1 Malaysia yang maju dan kukuh.

                Beliau merasmikan SMJK Chung Hwa, Kota Bharu sebagai anak angkat kepada Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.  Beliau menggalakkan supaya pihak sekolah menubuhkan Kelab Setia untuk melantik pelajar supaya lebih berdikari serta menyalurkan maklumat tentang penerangan kepada warga sekolah.





搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment