SMK CHUNG HUA, SIBU

诗巫中华中学

"Outwit Others, Outwit Ourselves"


News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

Ervina pelajar istimewa terbaik STPM 2017
16 Mar 2018 Student Admin 

Utusan Borneo (Sarawak) · 9 Mar 2018

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Sibu melakar sejarah dengan
kejayaan Ervina Tang Sze Cheen yang dianugerahkan Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 kategori pelajar istimewa.
Ervina mendapat keputusan cemerlang 2A, 2A- dalam mata pelajaran Pengajian Am (A-), Bahasa Melayu (A), Sejarah (A-) dan Ekonomi (A).
“Keputusan ini adalah hadiah istimewa kepada ibu bapa saya yang tidak pernah putus asamemberi sokongan dan motivasi kepada saya untuk berusaha bersungguhsungguh dan mencapaikeputusan cemerlang,” jelasnya.
Ketika ditemui pemberita di sekolahnya semalam, Ervina memberitahu, kerja keras adalah kunci utama kejayaan seseorang pelajar.
“Tidak kira siapa kita, kita memperolehi hasil baik jika kita bekerja keras. Begitu juga saya yang tidak pernah menjangka akan memperolehi keputusan seperti ini pada hari ini.“Saya berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar,” ujarnya merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik.
B e r m i n a t u n t u k melanjutkan pengajian dalam jurusan undang- undang, Ervina berkata, beliau sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar.
“Saya akan sentiasa bertanya kepada guru untuk saya memahami.
“Saya juga menasihati kawan-kawan untuk bertanya jika kurang memahami dan ini banyak membantu memudahkan saya,” katanya.
Ditanya mengenai hala tuju selepas mendapat keputusan STPM, Ervina berkata, beliau
merancang menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM).
Pelajar lain yang turut cemerlang dengan keputusan 3A, 1A- ialah Teng Sii Ling, Anna Sii Leh Yan dan Yii See Soon (2A, 2A-), Joyce Lee Sing Yee dan Wendy Ting Siew Khin (3A, 1B+).
Menurut pengetua Tham Yoh Yin, sekolahnya mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam
STPM 2017. “Sekolah kami turut mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.18 dengan 51 calon menduduki STPM tahun lepas,” jelasnya.
Tham berkata, berkat sokongan komuniti sekolah, Lembaga Pengurusan Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, ibu bapa dan pelajar telah menjadi faktor penting sekolah mencapai kejayaan yang membanggakan. “Terima kasih kepada guru- guru yang sentiasa komited dan gigih memberi bimbingan kepada murid untuk memperolehi keputusan cemerlang,” ujarnya.
SMK Chung Hua Sibu juga pernah memperolehi kejayaan sebagai Sekolah Terbaik STPM
2014. Hadir sama pada sidang media tersebut Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Chung Hua Sibu Choo Yih Teen.


Utusan Borneo (Sarawak) · 9 Mar 2018





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 


Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment