Pada 26 September 2018, satu ceramah bertajuk “Keselamatan Semasa Penggunaan Peralatan Sukan & Kokurikulum Di Sekolah” telah diadakan kepada semua warga SMJK Chung Hwa Tenom di Bilik Gerakan pada jam 2.30 petang. Penceramah dijemput ialah Encik Lim Yu Woei, Penolong Pengarah Pembangunan & Infrastruktur, Pusat KoKurikulum Negeri Sabah.
Tujuan ceramah tersebut diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan panduan kepada warga sekolah tentang betapa pentingnya aspek keselamatan semasa penggunaan peralatan khususnya peralatan sukan & kokurikulum bagi mewujudkan sekolah yang selamat. Dalam ceramah tersebut diberi penekanan juga panduan tentang SOP yang perlu dipatuhi dan tindakan-tindakan yang perlu diambil semasa menggunakan peralatan dalam apa juga aktiviti yang dijalankan di sekolah.
本校于2018年9月26日进行了一个安全教育讲座。全校教职员于下午2时30分出席这场讲座。本校邀请了来自沙巴州课外活动中心,发展与基础设施助理总监Lim Yu Woei先生为讲员。