News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

PELANCARAN MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM & PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019 / 2019年全国性迎接学生到校上课活动 [18.02.2019]
18 Feb 2019 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) 


Majlis Permuafakatan KPM & PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 telah diadakan di SMJK Chung Hwa Tenom pada 18 Februari 2019. Program ini telah dilancarkan oleh ASP Zukri Bin Abidin @ Bidin selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Beliau telah membacakan teks ucapan Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia manakala Encik Kwok Chee Yen selaku Pengetua SMJK Chung Hwa Tenom turut membacakan teks ucapan YB Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Program ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap antara pihak sekolah dan PPS, mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Selain itu, program ini berhasrat memperluas penggunaan papan kenyataan PDRM di sekolah bagi menyalurkan maklumat dan berita tentang kepolisan kepada pihak sekolah.

一项由KPMPDRM联合主办的团契仪式 2019年全国性迎接学生到校上课活动 2019 2 18日由 ASP Zukri Bin Abidin主持推动礼,并宣读全国警察总监的演讲词,除此之外教育部长马智礼的演讲词由郭志恩校长代读。

此项活动的主要目标是体现校方与PPS的密切联系以打压学生在校内或校外的犯罪率。除此之外,这活动能运用资讯角落来传递PDRM给予学校有关警方的资讯与一些活动信息。



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment