News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

PERSEMBAHAN TARIAN SEMPENA PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2019 [30 - 31.05.2019]
11 Jun 2019 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) 


SMJK Chung Hwa Tenom telah dijemput untuk menjayakan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Hongkod Koisaan, KDCA Penampang, Kota Kinabalu anjuran KDCA Sabah pada 30 – 31 Mei 2019 dengan mempersembahkan Tarian Magunatip selama dua hari berturut-turut.

Pada 29 Mei 2019, pelajar-pelajar terlibat dalam acara sambutan pada jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Seterusnya, pada jam 11.00 pagi para pelajar terlibat dalam persembahan Tarian Magunatip di Rumah Kebudayaan Murut. Pada jam 2.00 petang, para pelajar diminta mempersembahkan Tarian Magunatip di Pentas Terbuka pula. Seterusnya, sesi bergambar bersama pengunjung sehingga jam 4.00 petang.

Pada hari kedua pula, semua pelajar sekali lagi terlibat dalam acara sambutan ketibaan orang-orang kenamaan ke pesta tersebut. Pada jam 11.30 pagi, para pelajar terlibat dalam persembahan penutup di dewan besar. Persembahan para penari berjalan lancar dan mendapat sorakan meriah daripada para penonton. Sebaik sahaja persembahan selesai,  para penari terlibat dengan sesi bergambar bersama pengunjung di sekitar Rumah Kebudayaan Murut. Pada jam 2.00 petang para penari terlibat menyambut ketibaan dan lawatan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, YB Datuk Peter Anthony bersama para kenamaan lain ke rumah kebudayaan tersebut. Para pelajar juga membuat persembahan tarian semasa lawatan itu dan persembahan tersebut mendapat perhatian dan pujian daripada orang ramai.

Walaupun kepenatan, para pelajar berasa sangat seronok kerana dapat menimba pengalaman berharga mengadakan persembahan besar di peringkat negeri, dalam masa yang sama dapat menaikkan dan mengharumkan nama sekolah.

Senarai Penari Terlibat Persembahan Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2019

Pelajar:

1. Md Fadzain Ildzuan

2. Siti Nurfadzriza Ildziana

3. Andrea Chang Mei Yien

4. Jochye Jontan

5. Suzanne Lawrence

6. Afiq Danial Arsin

7. Brian Gennoel Gilmore

8. Daniel Lo Su Hin

Bekas Pelajar :

1. Alan Chang Wai Kien

2. Gloria Grace Francio Andu

3. Md Fadzrizan Ildzian

4. Siti Nursyafiqa Lawadin



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment