Majlis Restu PT3 telah diadakan di Dewan Terbuka SMJK Chung Hwa Tenom kepada semua calon PT3 Tahun 2019 yang bakal menduduki Peperiksaan PT3 pada 30 September – 8 Oktober 2019. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar serta memberi restu dan mendoakan mereka mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3.