Program Inspirasi Minda telah berjaya dilaksanakan pada pagi ini. Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Bagi pelajar yang menghadirkan diri secara maya, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas atas penyertaan mereka. Selain perutusan dan pembentangan daripada pengetua, seramai 6 orang pelajar SPM 2020 telah mengongsikan tips kejayaan diri kepada para pelajar SPM tahun 2021. Semoga program ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar SPM 2021 untuk terus berusaha sehingga memperoleh kejayaan dalam SPM nanti. (L01)