Berita & Peristiwa 新闻与事件 - Berita Sekolah 学校新闻

A+ A- Reset
 

PERTANDINGAN SHELL NXPLORERS MALAYSIA CHALLENGE 2022 DI SM SUNG SIEW
13 Jul 2022 School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) 


Shell NXplorers Malaysia merupakan suatu pertandingan yang diinspirasikan oleh Shell STEM Malaysia dengan bertemakan Food-Water-Energy Nexus. Pertandingan Shell NXplorers Malaysia Challenge 2022 telah Berjaya diadakan di SM Sung Siew (CF) pada 13 Julai 2022 (Rabu) dari 7 pagi hingga 1.30 tengah hari bertempat di Pusat Aktiviti Murid. Seramai 62 orang murid yang terdiri daripada 22 pasukan peserta telah bertanding mengikut kategori Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dalam Pertandingan Shell NXplorers Malaysia Challenge 2022. Setiap pasukan peserta perlu merekacipta projek yang menggunakan Arduino IDE, Mobile Apps, Internet of Think (IoT), 3D Printing untuk menyelesaikan masalah Food-Water-Energy Nexus. 3 pasukan peserta dengan markah tertinggi dalam pertandingan ini akan dipilih untuk mewakili sekolah bagi bertanding di peringkat negeri. Pada Masa yang sama, murid-murid dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 4 telah diberi peluang melawat ke tapak pertandingan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Keputusan pemenang pasukan mengikut tingkatan dan pasukan dengan markah tertinggi telah diumumkan pada hari tersebut. Di samping itu, pertandingan ini dapat memberi penghargaan kepada semua murid dan guru pembimbing yang terlibat dalam pertandingan tersebut.
Objektif mengadakan pertandingan :
Guru-guru dan murid dapat:
(a) Melatih kepimpinan pelajar-pelajar yang terlibat
(b) Memilih pemenang sekolah untuk mewakili sekolah dalam Shell NXplorers Malaysia Challenge peringkat negeri
(c) Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang STEM
(d) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
 
 
 


Carian 搜索

Tarikh Bermula 开始日期 :
Tarikh Berakhir 结束日期 :
Berita & Peristiwa 新闻与事件 : Berita Sekolah 学校新闻  Berita Kokurikulum 活动新闻   Kalender Peristiwa 行事历 
 
Poskan Komen 发表评论

Penulis 作者 :
E-mel 电邮 :
Perkataan Anti-Spam 验证码:
Komen 评论 :