SMJK CHOONG HUA

羙罗中华国民型中学
WE CAN DO IT IF WE THINK WE CAN


Principal's Messages 校长讯息

PERUTUSAN PENGETUA
12 Feb 2020 MARGARET LIM 

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

 

Selamat kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2020. Sempena tahun baharu 2020, marilah kita imbas kembali tentang keberkesanan usaha-usaha/misi kita dalam melestarikan pendidikan berkualiti untuk membangunkan potensi anak murid bagi memenuhi aspirasi negara di samping kita menetapkan halatuju dan fokus kita sepanjang tahun 2020 dalam mendidik anak murid supaya menjadi insan holistik yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

 

Pada tahun 2020, kita teruskan usaha kita membangunkan potensi murid kita melalui pendekatan “Engage, Enhance and Empower”. Pihak sekolah mengharapkan semua guru bukan setakat menjalankan tugas sebagai pengajar tetapi menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik dan penyayang, yang mengambil tahu latar belakang dan keperluan murid berdasarkan kecerdikan pelbagai (muitiple inteligence) murid serta boleh membina hubungan yang baik untuk melibatkan (engage) murid-murid dalam pembelajaran. Kita membangunkan dan memperkukuhkan (enhance) pelbagai kemahiran melalui aktiviti kokurikulum dan pendekatan pendidikan abad ke-21. Masih ada ruang untuk semua guru memperluaskan pendekatan PAK 21 dalam P&P untuk pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar. Kita mengupayakan (empower) murid-murid dengan menyediakan peluang dan ruang seluas-luasnya untuk mereka mempelajari nilai,

ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran melalui program-program sekolah.

 

Sepanjang tahun 2019, selaras dengan kehendak gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kita telah memanfaatkan kemudahan ICT dalam  pembelajaran dan pengajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru telah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menggunakan platform pembelajaran maya. Pihak sekolah juga telah menyarankan supaya guru-guru menggunakan pemudahan Google Classroom dan kemudahan ICT baru seperti internet dan sistem SWIPE untuk memupuk tabiat pembelajaran terarah kendiri (self-directed learning). Dalam renungan kembali, saya dapati kita masih ada ruang untuk peningkatan keberkesanan pendekatan p&p tersebut.

 

Kami pasukan pentadbir sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga sekolah atas segala kerjasama dan sokongan padu yang diberikan kepada kami sepanjang tahun 2019. Kami juga berharap apa-apa program yang bermanfaat dalam pembangunan sahsiah murid (character building) dan sistem pendidikan berkualiti dapat dilestarikan.

 

Sekian.

 

MARGARET LIM PEI TEE P.P.T.

Pengetua SMJK Choong Hua Bidor.