SMJK CHOONG HUA

羙罗中华国民型中学
WE CAN DO IT IF WE THINK WE CAN


Principal's Messages 校长讯息

Attachment 附件:

PERHIMPUNAN 1 SEMASA PKP
12 May 2020 School Admin - SMJK CHOONG HUA (PERAK, BIDOR) 

                                                                                                                   27 April 2020
Kepada, 
Guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi. 
 
Salam sejahtera, apa khabar semua?
Sudah sebulan lebih kita tidak berjumpa, saya harap semua sihat dan selamat berada di rumah. 
Memang saya sangat rindu akan cikgu-cikgu dan murid-murid Choong Hua. 
Sejak lebih sebulan yang lalu, kita melawan COVID 19. Kita akan masuk ke PKP fasa ke 4 sehingga 12 Mei iaitu kita akan lalui satu tempoh yang lebih panjang yang banyak menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.
 
PKP4 tetap dipatuhi oleh semua orang, tidak kira di mana kita berada, red area atau green area. Murid-murid jangan pergi merayau-rayau atau lepak di mana-mana bersama kawan-kawan. Perbuatan mengingkar PKP adalah satu kesalahan serius dan akan didakwa ke mahkamah dan dipenjarakan. Memang tidak boleh main-main.
 
Anda mesti tertanya-tanya: Bilakah kita akan balik ke sekolah? Bagi pihak KPM, keselamatan adalah faktor paling utama. KPM akan menilai isu ini dari hari ke hari sehingga keadaan reda. KPM juga janji akan umum dua minggu sebelum sekolah dibuka. Daripada perutusan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembukaan sekolah bukanlah satu perkara yang akan berlaku pada masa terdekat.
 
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa kalau sekolah buka, murid Tingkatan 5 yang akan diutamakan dulu walaupun SPM 2020 telah dipinda ke tahun depan. PT3 tahun ini telah dibatalkan. Peperiksaan Pertengahan Tahun pada bulan Mei akan ditangguhkan ke masa yang sesuai. Walaupun tiada peperiksaan dalaman pada masa terdekat tetapi diminta guru-guru dan murid-murid menetaplan target kepada ujian rasmi dan peperiksaan akhir tahun yang dijadualkan pada penggal kedua. Kita harus sentiasa bersedia. Guru-guru juga digalakkan mengguna Pentaksiran dalam Bilik Darjah (PBD) untuk menilai tahap penguasaan pembelajararan murid.
 
Murid-murid sekalian,Semenjak awal bulan April, kita mulakan e-learning untuk memastikan penyampaian PdPc tidak berhenti kerana PKP. Hampir semua kelas ada group kelas masing-masing. Ada kelas boleh melaksanakan PdPc dengan menggunakan Google Classroom, malah ada kelas telah mencuba Google Meet bersama guru. Daripada maklum balas guru, kebanyakan murid membuat kerja 
rumah, kecuali segelintir murid yang tidak langsung menghirau pujukan guru. Amaran saya kepada murid-murid sedemikian, janganlah malas dan ketagih kepada online game, masa tetap emas, dan jika sia-siakan masa, kamu akan menyesal kemudian. 
 
E-learning adalah norma baharu dalam pendidikan. Akan tetapi kita sedar ada perbezaan dari segi assessibility dan pemilikan peranti dalam kalangan guru dan murid. Kita serahkan kepada cikgu-cikgu apa yang mereka rasakan yang terbaik untuk mereka dengan mengambil kira kekangan murid dan guru. Sekiranya cikgu dapati ada murid mempunyai masalah untuk akses PdPc melalui online, cikgu boleh cari apa sahaja kaedah yang dirasakan terbaik kerana kita tak mahu ketinggalan dalam PKP ini. Bagi murid yang menghadapi masalah mengakses internet, kamu masih boleh menggunakan buku teks, buku kerja, buku ulang kaji dan buku aktiviti untuk terus belajar.
 
Apabila kita balik ke sekolah pada satu hari nanti, akan ada norma baharu. Kita perlu susun meja-kerusi dalam kelas, kerana penjarakan sosial mesti dilakukan. Mungkin kantin tidak dapat duduk berdekatan sebelah-sebelah. Amalan pakai mask, cuci tangan dan pengambilan suhu badan mesti diikuti. Yang hadir dulu ke sekolah adalah murid tingkatan 5 sahaja. Murid-murid tingkatan peralihan hingga empat terpaksa menunggu sehingga keadaan betul-betul reda. Pada masa itu pihak sekolah akan mematuhi SOP pasca PKP daripada KPM. Maklumat selanjutnya akan disampaikan kepada murid-murid dan para ibu bapa.
 
Sementara itu, biar kita semua duduk diam-diam di rumah, menemani ahli-ahli keluarga kita, belajar kemahiran hidup daripada orang tua di rumah dan buat e- learning bersama guru, sehingga perjuangan melawan virus COVID19 ini tamat. 
 
Akhirnya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Karim kepada guru dan murid yang beragama Islam.
 
Sekian, Terima kasih.
Cik Margaret Lim Pei Tee
Pengetua
SMJK Choong Hua, Bidor
 
 
各位老师与同学,⼤家好。
我们因⾏动管制令没有见面已经⼀个多月了,我希望每个⼈都居家平安。 我
真的很想念中华华中的老师和学⽣啊!如今,⾏管令再延长⾄ 5 月 12 日,实
在是测试我们的耐⼼和韧性。
 
⽆论我们身在新冠肺炎红⾊区域还是绿⾊区域,每个⼈仍然要遵守这⾏管令。
同学们千万别到处趴趴⾛。 违反⾏管令是严重罪⾏,将受到起诉和面对监禁
之苦。
 
同学们,自 4 月初以来,我们已开始在线学习,以确保不会因停课⽽停学。
现在⼏乎所有的班级都有自⼰的课堂小组。 有些班级可以使用⾕歌课堂
(Google Classroom)实施教学,有些班级甚⾄与老师⼀起尝试了⾕歌视频聚
会(Google Meet)来上课。根据老师的反馈,除了少数学⽣不回应老师外,
⼤多数学⽣都配合老师积极上⽹课、做作业。
 
我警告这⼀小撮懒惰的学⽣:不要以为线上学习不算是正式上课;它其实和
在学校里上课⼀样,有老师讲,学⽣也必须听课,稍不留神,知识点没掌握,
就要落后别⼈⼀⼤截。目前谁也不知道抗疫⾏动会持续多久,未来类似这样
的状况是否还会再次发⽣,趁此机会,掌握⽹上学习是全体师⽣目前要面对
的挑战。随时装备好自⼰,日后能从容面对任何挑战了。因此,同学们,要
认真学习,不要懒惰和沉迷⼿机游戏,少年是你们学习的黄⾦时代,只有自
律、自爱、自重的学⽣才能充实度过这个疫情时期。你进日的选择,决定你
日后⽣活的层次。如果您浪费时间,日后⼀定后悔。
 
其实,校⽅有意识到⼀些老师和学⽣面对上⽹器材的不⾜与⽹络⽹速的问题。
校⽅希望老师能随机应变,找出最适合的⽅式进⾏教学,我也相信老师的能
⼒,能够通过创意的⽅式在⾏动管制期间进⾏教学。对于⽆法上⽹的学⽣,
老师要求学⽣使用课本、练习册、复习本或活动卷进⾏学习活动。
 
⾄于⼤家最关⼼的是学校何时复课?教育部考量学⽣的安全和健康,不会轻
易在短期内复课;只有确保情况彻底安全后,才会全面复课;同时,教育部
也会在开课前两个星期作出通知,让学⽣和家长做好准备。⼀旦学校重新复
课,则将会着重让中五学⽣先复课,虽然今年的⼤马教育⽂凭(SPM)考试
已展延到明年的上半年举⾏,但是现在依旧是中五⽣拼搏的时候。今年的中
三评估考试(PT3)被取消,校内半年考试将展延去适当的时间,但是老师
和同学们依旧要把学习目标锁定在第⼆学期的期考和年终考试中。老师们也
被鼓励通过⽹上教学进⾏随堂测试。所以,其他年级的同学依旧不能放松学
习的态度。
 
⾏动管制令后的复课,校⽅将严阵以待,⼤⼤的增强保护学⽣健康的安全措
施,包括为学⽣测量体温,敦促学⽣勤洗⼿戴⼝罩,取消近距离的周会,实
施校内社交距离政策等等。我们必会遵照教育部定下的所有程序,确保全校
师⽣员⼯的安全。
 
各位,新冠病确诊病例虽然已经显著减少,但我国仍未战胜这场疫情。每⼀
位国⼈都必须给予配合及遵守⾏管令,才能让国家最⼤程度上减少病例,并
且防⽌冠病继续蔓延。期许全体中华师⽣也能贡献自⼰的每⼀份⼒,响应国
家政策,安居家中,提升身⼼健康,共克时艰!
 
期待我们相聚校园的那⼀天。
林佩谛校长
2020 年 4 月 27 日