Principal's Messages 校长讯息

PERUTUSAN PENGETUA
13 Aug 2008 School Admin - SMJK SHING CHUNG (PERAK) 

Salam sejahtera.

Hari ini, dalam dunia tanpa sempadan, kita perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai jenis cabaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Justeru amat penting bagi pihak Pengurus SMJK Shing Chung memastikan agar segala dasar dan perancangan yang dibuat dapat memenuhi kehendak masa depan dan persekitaran yang sentiasa berubah.

Pengurusan sekolah merupakan proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penglibatan dan sumbangan semua warga sekolah bagi mencapai sesuatu visi atau matlamat yang tertentu. Pengurusan sekolah yang yang berkesan menjamin kesinambungan kecemerlangan sekolah.

Pasukan Pengurus SMJK Shing Chung telah menyediakan "Perancangan Strategik 2006-2010" yang dapat melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, celik ICT, berakhlak mulia dan berkeupayaan bersaing dengan masyarakat dunia, Kejayaan dan keberkesanan Perancangan  Strategik ini menuntut sokongan dan komitmen yang tinggi daripada semua warga SMJK Shing Chung.

Harapan saya kepada semua pihak, termasuk ibu bapa, komuniti dan badan-badan bukan kerajaan agar memberikan sokongan kepa segala usaha murni kita untuk merealisasikan Visi SMJK Shing Chung iaitu "Menjadikan SMJK Shing Chung sebuah sekolah terbilang menjelang tahun 2010".

Selamat melayari laman web SMJK Shing Chung.

 

Sekian, terima kasih.