SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



Principal's Messages 校长讯息

Prakata Pengetua SMJK Chong Hwa KL
21 Nov 2020 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Prakata Pengetua SMJK Chong Hwa KL.

          Sebulan lagi, kita akan memasuki tahun 2021.  Penyakit  Covid -19 akan terus mengganggu gugat kehidupan semua orang, pekerjaan ibu bapa dan pembelajaran murid-murid.  Pelbagai negeri di seluruh negara juga mengalami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berbeza berulang kali, menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kewangan negara kita.
         

          Sepanjang tempoh PKP,  semua orang mesti berganding bahu dan bekerjasama untuk mencegah penularan wabak ini dan berada di rumah serta menjalani pembelajaran dalam talian. Wabak ini memaksa pelajar untuk bercuti. Bagaimana anda menghabiskan beberapa bulan kebelakangan ini?  Dalam norma baharu ini,  sebilangan murid bekerjasama dengan guru bersungguh-sungguh menghadiri kelas dalam talian, berikhtiar menyerahkan kerja rumah, dan menimba pengalaman baharu kelas dalam talian.  Sebilangan murid mengambil masa yang lama untuk sedar akan norma baharu ini dan hanya muncul kelas dalam talian selepas menerima panggilan. Adalah tanggungjawab murid-murid , menjalani kelas dalam talian untuk meneruskan perjuangan hidup demi masa depan sendiri.  Segelintir murid  entah ke mana dan tidak dapat dikesan.

          Semasa wabak ini, ketika berada di rumah,  ada yang makan, minum dan bersenang-lenang,  manakala ada sebilangan murid tidak diam diri dan menikmati pelbagai bahan bacaan sekolah dan rujukan.  Pilihan setiap orang berbeza, dan tentunya pengakhirannya juga berbeza. Mereka yang tidak sedia untuk berusaha dan enggan berubah akan tercicir dalam realiti kehidupan. Kemahiran atau kebolehan seseorang adalah hasil daripada usaha yang berterusan melalui latihan, pengalaman dan pembelajaran.  
       

          Kejadian wabak ini memaksa kita untuk berfikir.  Wabak yang belum pernah terjadi sebelum ini menimbulkan fenomena yang mengejutkan dan telah mengganggu gugat rutin seharian  umat manusia.  Kini guru dan murid perlu menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) , ibu bapa penjaga terpaksa bekerja dari rumah (BDR); kita tidak boleh makan beramai-ramai di tempat jualan restoran, kedai kopi, dan gerai serta digalakkan bungkus untuk dibawa balik; kunjung- mengunjung dan salam -bersalaman terpaksa diubah ; malah kita tidak dapat memeluk ibu bapa yang sudah tua serta komunikasi dan interaksi semakin sukar kerana perlu memastikan adanya penjarakan fizikal.  Kaedah operasi perniagaan tradisional tidak lagi menguntungkan dan membeli-belah serta transaksi dalam talian kian berkembang pesat.  
      

          Kesemua ini menunjukkan bahawa zaman  dan dunia sudah berubah. Ya,  apa yang perlu berubah mesti diubah. Oleh itu, murid-murid selaku pencipta dan penguasa bumi masa depan, adalah "Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara". Murid-murid harus memahami situasi masa kini, buatlah yang terbaik untuk memperkaya diri sendiri, melengkapi diri dengan pengetahuan, dan mengisi diri anda dengan pelbagai Ilmu dan kemahiran.  Persiapkan diri dengan kekuatan dan kemahiran yang mencukupi untuk mencapai impian anda.  Jangan tergoda dengan kebendaan, hiburan sensual, serta terperangkap dalam dunia maya permainan dalam talian.  
       

          Sebaliknya, kita harus berani bermimpi, mempunyai cita-cita tinggi, dan mempunyai harapan melangit serta mengejar impian.  Buat diri anda bangga dan jadilah wira anda sendiri. Hanya dengan usaha dan pembelajaran yang berterusan kita dapat mencapai hasrat kita. Usaha adalah tangga kemajuan dan kejayaan. Pembelajaran sangat penting untuk kita semua.  Murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh di rumah. Cinta dan sayangi diri anda dan disiplin diri adalah perkara yang amat penting dalam tempoh pandemik ini.
Saya doakan semoga anda semua sentiasa sihat.  

Selamat maju Jaya. Terima kasih. #KITAJAGAKITA

GOH CHEE CHIANG

Pengetua SMJK Chong Hwa KL