SMJK KATHOLIK MELAKA

马六甲公教国民型华文中学
BERILMU 勤学业 BERAKHLAK 重公德 BERWAWASAN富理想


校长讯息 Principal's Messages

2015 Principal's Message
29 Mar 2015 School Admin - SMJK KATHOLIK 


       Sejak akhir tahun 2008, pelbagai projek kemudahan yang memanfaatkan guru dan pelajar telah dilaksanakan dari masa ke masa, antaranya tandas guru dan pelajar, bilik guru dan pejabat pentadbiran, dapur kantin sekolah, menukarkan tingkap dawai bilik darjah Blok K kepada tingkap nako, pembinaan dewan serba guna sekolah, Bilik Disiplin, menaik taraf koperasi sekolah, meluaskan perpustakaan,  menaik taraf Bilik Tayang, tandas pelajar dan makmal sains.  Lain-lain prasarana yang dirancang untuk dinaiktarafkan termasuk bilik SPBT (BOSS), memasang tingkap untuk bilik darjah tingkatan 4 dan 5 di Blok Pentadbiran (sekarang bilik-bilik darjah ini cuma dipisahkan dengan papan antara bilik dan juga antara bilik dengan koridor), Bilik Media dan sebagainya.  Sebahagian daripada prasarana telah disempurnakan pada tahun 2011, manakala yang lain telah siap dibina pada tahun 2014.  

     Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Bekas Murid amat berharap dengan peningkatan semua prasarana sekolah tersebut dapat menyediakan suasana pengajaran-pembelajaran yang kondusif buat para guru dan pelajar.  Persekitaran yang kondusif seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar agar SMJK Katholik Melaka ditonjolkan sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul, manakala setiap pelajarnya menjadi ahli masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berwawasan. 

Demi meningkatkan akademik murid, sekolah ini telah melaksanakan penandaan buku latihan 100% sejak tahun 2013. Ini bermakna setiap orang murid mesti mengikuti pengajaran-pembelajaran pada waktu PdP, membuat semua latihan dan menyerahkan semua buku latihan kepada guru untuk ditanda. Amalan guru hanya menanda buku latihan sebilangan kecil murid tidak diteruskan lagi. Amalan akademik yang baik ini telah menampakkan hasilnya melalui keputusan SPM 2014 walaupun kita menghadapi banyak kekangan dari segi guru, kemudahan fizikal dan murid. Sudah tentu amalan menanda buku latihan 100% ini menjadikan tugas guru lebih berat, namun atas dedikasi dan kesedaran para guru tentang tanggungjawab sebagai pendidik, amalan yang kelihatan mustahil ini menjadi kenyataan di sekolah ini. Saya amat yakin sekiranya kita melestarikan amalan baik ini, kita pasti dapat mencapai peningkatan secara berterusan dan merealisasikan impian kita menjadi sebuah institusi  pendidikan yang unggul.  

Akhir kata, saya berharap para ibu bapa dan masyarakat yang prihatin tentang perkembangan SMJK Katholik Melaka mempunyai gambaran lebih jelas mengenai masa lampau dan masa hadapan sekolah ini, dan seterusnya memberi sokongan padu kepada usaha sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik, pencapaian kokurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar.  Diharapkan sokongan dan kerjasama erat dapat membantu SMJK Katholik mencapai visinya untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang unggul dan memberi sumbangan kepada bangsa negara yang tercinta, seperti yang disarankan dalam Sarana Ibu Bapa, anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Berilmu, Berakhlak, Berwawasan" 

 

LIM HIANG LAM

     Pengetua

SMJK Katholik Melaka

 

校长献词

 

2008年杪以来,本校每年皆提升校园内各项惠及师生的设施,其中包括教师厕所、教师办公室及行政办公室、食堂厨房、更换教室窗户、建设多远用途礼堂和纪律室、学校合作社、扩充图书馆、提升播映室、学生厕所和科学馆。未来计划提升的尚有贷借课本储藏室、加设行政楼上中五及中四课室的窗户(目前没有窗户,只用木板隔离课室和走廊)、媒体室等。有一部分设施已在2011年完成,其余的设施在董事会、家教协会和校友会的努力下也在2014年竣工了。

 

          本校董事会、家教协会和校友会三机构都深切希望上述惠及师生的设施逐步提升后,能为师生提供较为舒适安全的教学环境,再进一步提升莘莘学子的学术表现,让公中成为一所名闻遐迩的卓越学府,而每一位公中生都成为勤学业、重公德、富理想的社会栋梁。

 

为了提升学生的学术成绩,我校自2013年起实行一百巴仙批改学生的练习簿。这意味所有学生必须专心上课、完成教师分配的所有功课以及呈交所有练习簿给教师批阅。以往教师只批改一部分的练习簿的作法不复存在。由于实行了这项良好的教学措施,因此2014年的大马教育文凭考试成绩得以提升,虽然我校面对多方面如师资、学校设施和学生素质的挑战,但上述良好的设施发挥了作用。诚然,实行这项措施加重了教师的负担,然而基于本校教师的良知和尽责的工作态度,这项艰难的措施得以成为事实。我坚信只要我们持之以恒,我们必然能够持续进步,最终把公中打造成卓越的学府。


我们希望所有关心公中发展的人士和家长,对公中过去的进展和未来的展望有所了解,并且进一步全力支持公中对于提升学术、检修课程及塑造学生品德的努力,协助把公中打造成培育社会英才的学府,对国家民族做出贡献。这正是我国2013年至2025年教育蓝图期望家长、社会人士和私人企业参与学校的发展,协助学校提升学术、兼修课程和学生品德的塑造。


勤学业、重公德、富理想