SMJK KATHOLIK MELAKA

马六甲公教国民型华文中学
BERILMU 勤学业 BERAKHLAK 重公德 BERWAWASAN富理想


校长讯息 Principal's Messages

2017 Principal's Message 2017年校长献词
28 Jun 2017 School Admin - SMJK KATHOLIK 

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia, “Mendidik Daripada Hati Dengan Penuh Integriti”.

            Dalam masa sekelip mata sahaja, tahun 2016 telah berlalu, manakala semester kedua tahun 2017 pun akan bermula dalam beberapa hari lagi, maka masuklah sekolah ke peringkat persediaan rapi untuk menghadapi Penilaian PT3 dan Peperiksaan SPM.

            Menyentuh prasarana sekolah, setelah kerja peningkatan taraf dijalankan di bilik darjah PB, 2U, 1M dan 1U, Bilik Seni, Bilik SPBT (BOSS), dan Bilik Media pada akhir tahun lalu, prasarana sekolah menjadi lebih sempurna.  Kini hanya tinggal bengkel Kemahiran Hidup yang perlu ditingkatkan bersesuaian dengan keperluan Pembelajaran Abad 21.  Harapan kita ialah para pelajar dapat menumpukan segala perhatian dan mencurahkan segala usaha demi memajukan pembelajaran masing-masing untuk menjadikan SMJK Katholik Melaka sebuah institusi pendidikan yang unggul. 

Dari aspek pengajaran guru pula, seruan Tuan Pengarah Pendidikan Melaka Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari agar para guru “mendidik daripada hati penuh dengan integriti” adalah amat tepat sekali. Dalam Pelbagai tanggungjawab yang kita perlu tunaikan, lebih-lebih lagi tanggungjawab mendidik harus ditunaikan dengan penuh ikhlas daripada dalam hati barulah kita mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik yang boleh. Puncanya ialah kita mesti mendidik daripada hati, barulah kesedaran untuk mendidik secara penuh dengan integriti menyusul.  Sekiranya kita dapat menunaikan hasrat murni Tuah Pengarah Pendidikan, maka kita mampu melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan sempurna.

Seperkara penting yang perlu disentuh di sini ialah penubuhan Persatuan Sokongan Ibu Bapa Pancaragam SMJK Katholik Melaka sejak 30-8-2013.  Matlamat penubuhannya adalah untuk menyokong dan membantu pasukan pancaragam.  Pertubuhan ini amat aktif, sejak penubuhannya ia telah menganjurkan enam kali konsert (termasuk konsert yang akan dianjurkan pada 20-7-2017).   Kerajinan ahli pancaragam, pengorbanan ibu bapa, prihatin guru penasihat, sokongan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), PIBG dan Persatuan Bekas Murid, bimbingan bekas pasukan pancaragam dan sebagainya adalah pemangkin yang membawa pasukan pancaragam SMJK Katholik Melaka ke mercu kecemerlangan.

            Pencapaian keputusan SPM 2015 mencatat kemajuan besar berbanding dengan keputusan SPM 2014, manakala keputusan SPM 2016 menambahbaik lagi keputusan SPM 2015.  Segenap lapisan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Bekas Murid (Alumni) menaruh harapan besar untuk melihat kemajuan abadi keputusan SPM tahun-tahun akan datang. 

            SMJK Katholik Melaka mengamalkan prinsip pendidikan akses sama rata kepada semua yang layak dari segi umur pembelajaran.   Selain itu, bekalan pelajar lepasan UPSR yang disalurkan setiap tahun juga bukan yang top dari segi prestasi akademik UPSR (setiap tahun cuma disalurkan tiga hingga lima orang yang mendapat semua A sahaja, namun tahun ini langsung tiada), bahkan bilangan lepasan UPSR yang gagal dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mencapai 50% daripada jumlah pelajar baru yang mendaftar! 

            Namun begitu, pengurusan sekolah dan para guru masih bertungkus-lumus mendidik anak murid ini agar sempurna kemenjadian murid dari segi pencapaian akademik, pembentukan sahsiah dan prestasi ko-kurikulum, sesuai dengan cogan kata yang berbunyi, “Berilmu, Berakhlak, Berwawasan”.   Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pendidik SMJK Katholik Melaka yang tidak kenal penat lelah dalam melaksanakan tugas membantu negara bangsa membentuk modal insan yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.  Sama-sama kita membantu membentuk warga negara yang patriotik dan sanggup berkhidmat untuk negara bangsa Malaysia.

            Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya!

 

    转瞬间,2017年已逝去将近半年了;再过几天,2017学年第二学期就开始了,而学校也进入密锣紧鼓备考中三和中五大马教育文凭试的阶段。 

    提及学校的基本建设,随着进行了礼堂后方底层的四间课室,即预备班、中二褐班、中一红班和中一褐班课室;美术室,贷书储藏室以及媒体室的工程后,于去年杪再提升食堂地面和普通科学室,全校的基建已日臻完善。如今只剩下生活技能工作坊有待提升以适应二十一世纪教学的需求。师长们都盼望学校基建的提升让学子们能够专注于学习以便提升学术成就、课外活动表现和品德的塑造,把公中打造成卓越的学府。

    在老师的教学这方面,甲州教育局长所提倡的“充满正直用心教育”是非常正确的。在我们必须履行的各种责任中,尤其是教育这一环,更是必须尽心竭力方能把所托付予我们的责任做好。归根究底,我们必须先从用心开始,随着才会自觉地要以正直的情操来服务。如果我们能把教育局长的教育理念贯彻于工作中,必能完善地执行教育职责。

    值得一提的是于2013830日成立的管乐团家长后援会。这个成立的宗旨在于支援本校管乐团的团员家长组织非常活跃,家长都以奉献的精神支持每一场音乐会。自成立以来,家长后援会已办了六场音乐会(包括将于今年722日举行的“魅力之夜”音乐会)。团员的努力、家长的牺牲、顾问老师的关怀、董家协校友会的支持、团友的指导等等都是本校管乐团茁壮成长、迈向高峰的强心剂。

    我校2015年的大马教育文凭试成绩比起2014年的又有了大跃进,而2016年的又优于2015年的。我校董事会、家教协会和校友会皆对未来几年的成绩寄予厚望。我校实行“有教无类”的教育原则,只要是适龄的孩子我校都尽心尽力教育。此外,当局每年分派予我校的小六毕业生少有在UPSR考试中考获顶尖成绩者(每年考获全A被安排来我校升学的只有三至五人,而今年更是完全没有!),尤有甚者马来文和英文不及格者多达报读学生人数的50巴仙!

    即便如此,我校管理层和老师们还是尽心竭力教育莘莘学子,冀望学子们在学术,品德的塑造和课外活动方面达致完善,贯彻我校办学方针的标语:“勤学业,重公德,富理想!”。对于孜孜不倦,不辞辛劳教育学子,协助国家民族栽培符合国家教育哲理和20132025年大马教育发展蓝图宗旨的公中教育工作者,我致以崇高的敬意和谢意。我们都在为国家栽培具备爱国情操和愿意为国服务的栋梁。

    仅以此言共勉,谢谢大家!

 

马六甲公教国民型华文中学校长

林兴南