SMJK NOTRE DAME CONVENT

马六甲圣母女子国民型中学
活跃 独立 守纪律

校长讯息 Principal's Messages

Principal's Message
18 Jul 2007 School Admin - SMJK NOTRE DAME CONVENT 

UCAPAN PENGETUA SEMPENA

PELANCARAN PORTAL SEKOLAH

         HARI INI MERUPAKAN PELANCARAN PORTAL SEKOLAH, SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN KHUSUS BAGI SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN NOTRE DAME, MELAKA.  DENGAN PELANCARAN PORTAL INI, MURID-MURID, GURU-GURU, IBU BAPA, MASYARAKAT BOLEH MULA MELAYARI PORTAL UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI DAN PERISTIWA YANG BERLAKU TENTANG SEKOLAH INI.

           PORTAL INI JUGA MEMBERI RUANG DAN PELUANG KEPADA MURID-MURID UNTUK ‘UPLOAD' GAMBAR-GAMBAR VIDEO, MEMBUKA AKAUN E-MEL (G-MAIL RUANG 2 GB),  MENDAPAT BAHAN-BAHAN RUJUKAN, SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN DARI 78 BUAH SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN  DI MALAYSIA DAN  BERKONGSI MAKLUMAT ANTARA MEREKA.  MELALUI PORTAL, GURU-GURU JUGA DAPAT MAKLUMAT DAN STATUS MURID DALAM MARKAH PEPERIKSAAN, DISIPLIN, STATUS PERPUSTAKAAN DAN KOKURIKULUM YANG AKAN DATANG DAN  KEDATANGAN MURID.

 

MURID-MURID YANG SAYA SAYANGI SEKALIAN,

            KEMAJUAN DAN KEJAYAAN SEKOLAH BANYAK BERGANTUNG KEPADA USAHA MURID-MURID DI SESEBUAH SEKOLAH.  OLEH ITU, SAYA BERHARAP AGAR MURID-MURID SENTIASA MENGAMALKAN MOTO SEKOLAH "SIMPLE IN VIRTUE, STEADFAST IN DUTY" SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA.  BEKAS MURID-MURID YANG BERJAYA PATUT ANDA CONTOHI DAN CEBURKAN DIRI DALAM SEMUA BIDANG UNTUK MENGHARUMKAN NAMA NDC.

           AKHIR KATA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA LPS, PIBG, IBU BAPA DAN MASYARAKAT KERANA SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DEMI KEMAJUAN SEKOLAH INI.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH. 

 

           

            





发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment