SMJK CHUNG HWA

吉兰丹中华国民型中学

校长讯息 Principal's Messages

2011年教师节讲稿:朱庆平校长
27 May 2011 School Admin - SMJK CHUNG HWA (KELANTAN) 

 

2011年教师节讲稿:朱庆平校长                                         2011526日(星期四)

教师在推动教育工作中扮演着一个举足轻重的地位,许多教师都觉得当教师是一份优差,因为假期多,实际上,教师现在的工作既繁重又辛苦,这份职业崇高及无价,所以说是一份良心工作,如果教师没有爱心和责任感,将很难胜任这份工作,所谓百年大计,教育为本,教育打计,教师为本。所以,老师们责任重大。教师的思维及态度对国家教育的成败有很大的影响。

今年教师节的主题是"教师是国家教育转型的推动者",为配合国家改革转型,教师须以"创意"及"革新"方式来教学,教师们需时刻自我充实及提升素质,与时并进,善用先进度设备与科技,把创意带入学生的学习课程中,提升学生学习的乐趣,以迎合教育转型计划。

教育有三环,那就是家庭、学校和社会。在这孩子难教的时代 ,父母应尽的责任远比上一辈更重。父母难当,教师亦难当。其实,在三管齐下,还未必能教出好学生好孩子。大家应同舟共济,共同抵御问题的产生,父母应少些情绪反应,多些理性思考,重新认识自己的孩子,多些沟通,了解他们的需要,不应只有同情心,只维护孩子,方为上策。教师选择教育为终身的事业,就应该接受教育工作是艰苦的,漫长的,不易见功的,其实教师不易为,更不是万能的,希望在任何问题的产生时,各造可以给予老师们宽容及谅解,让任劳任怨的老师可以在没有心理压力下站稳岗位,做个敬业乐业的好老师。

最后,我要以黄润岳校长所说过的话与大家共勉之:读书的目的是学习做人,教育的目的是教育人如何做人,我们都应该做一个堂堂正正,完完全全,有作为的人。

 

Teaching is one of the hardest, most difficult jobs in the world. It is also one of the most underpaid jobs in the world. This means that when a person decides to be a teacher, they do it because they truly want to, because they sincerely want to teach. Such people also never stop learning -which is why they know that they must always look forward just like they always tell their students.

No matter how much teachers may try to convince themselves that they are getting a well-earned break, that they are glad to be free of the stress and the worry, they are ones who will find it the hardest to let go of their professions, because it is more than just a profession to them. This is as it should be-teaching should be more that just a career.

 

Selamat  Hari Guru dan salam 1Malaysia kepada semua hadirin dan hadirat yang saya muliakan.

 

Bersempena dengan HARI GURU 2011 , BERTEMAKAN GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA...,izinkan saya sekali lagi mengucapkan  Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di sekolah ini. 

Sidang hadirin sekalian,

Jika ditelusuri tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA , kita dapat melihat betapa perlunya warga guru bermuhasabah sejenak dan menilai peranan kita SEBAGAI guru dalam dunia pendidikan yang serba mencabar ini. 

Guru hari ini bukan seperti guru dahulu.  Bidang tugas guru semakin luas dan mencabar. Untuk  menjadi penjana atau penggerak dalam arus globalisasi ini, kita perlulah sentiasa di hadapan dan bersedia untuk melakukan transformasi. Untuk tujuan itu, saya melihat warga guru kita perlulah mempunyai kreativiti, inovasi dan prihatin atau cakna.

 

Sebagai guru yang kreatif, kita dapat menjadi penyampai ilmu yang lebih berkesan.  Zaman guru dengan kapur dan  berpandukan buku teks semata-mata  mungkin sudah lapuk  pada era ICT ini.  Oleh itu, guru-guru perlulah memanfaatkan kreativiti masing-masing ketika proses P&P agar pelajar-pelajar lebih  meminati P&P cikgu.

Seterusnya, inovasi juga dituntut daripada warga guru. Kita haruslah mencari dan meneroka kaedah baharu   untuk menjadikan  inti pati keilmuan kita lebih meninggalkan kesan kepada pelajar-pelajar yang merupakan pelanggan utama kita di sekolah.  Gagal atau jayanya seseorang pelajar itu terletak di tangan kita, apatah lagi kita ialah pendidik yang dididik untuk mendidik anak didik agar menjadi insan terdidik.

Guru juga haruslah prihatin terhadap pelajar-pelajarnya. Sikap ambil peduli terhadap keperluan pelajar dan sekolah akan menjadikan kita lebih dimuliakan sebagai guru atau pendidik.  Guru yang prihatin akan bertindak sebagai  ibu atau bapa kedua kepada anak-anak. Jika ini dapat dilakukan, nescaya pelajar-pelajar kita akan  menghormati kita sebagaimana mereka menghormati ibu bapa mereka.

Pada pandangan saya.  hanya mereka yang mempunyai "roh" guru seperti prihatin, kreatif dan berinovatif, berwibawa, tinggi nilai intelek, bersahsiah mulia dan rasa cinta akan profesion keguruan sahaja akan  dapat mendepani pelbagai cabaran  profesion ini.  

Tunasnya, setiap guru haruslah sedia merintis pembaharuan dan transformasi  diri ke arah sikap yang lebih positif kerana profesion keguruan kita  sentiasa mendapat perhatian masyarakat.  Ingatlah, masyarakat, khususnya ibu bapa  menaruh harapan yang tinggi kepada guru dalam mendidik anak-anak mereka.  Oleh itu, jika kita bersikap sambil lewa, masyarakat akan kecewa dan menyalahkan guru kerana mereka berasa berhak untuk memperbetul keadaan, apatah lagi kita menerima gaji daripada wang rakyat.  Sebagai pengetua yang akan bersara dan meninggalkan profesion guru yang mulia ini,  saya  berharap agar  kita memahami kehendak masyarakat  dan sedia menyumbangkan khidmat ikhlas kita agar profesion keguruan yang suci ini dapat dimartabatkan .  Kita harus berbangga dengan profesion yang kita pilih ini kerana apabila menjadi guru, kita akan terus dipanggil "cikgu"  selama-lamanya biarpun kita sudah tiada lagi, bak kata  pepatah, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama".

Seperkara lagi yang ingin saya katakan dalam ucapan Hari Guru yang terakhir ini.....saya sungguh berbangga dengan guru-guru saya di SMJK Chung Hwa ini. Guru-guru kita ini betul-betul mahu mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang. Tanpa mereka, SMJK Chung Hwa tidak akan cemerlang seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Syabas, Cikgu dan Terima Kasih, Cikgu kerana sanggup bekerja bersama saya mencemerlangkan SMJK Chung Hwa ini.  Tanpa tuan-tuan dan puan-puan, siapalah saya!!!

Rakan-rakan guru yang saya hormati,

Terimalah serangkap pantun daripada saya:

 

Baju kebaya,  baju Nyonya,

Disulam indah,  setiap penjuru;

Tuah ayam,  pada kakinya,

Tuah sekolah , pastinya pada  guru .

 

Sekian, terima kasih.