Principal's Messages 校长讯息

Principal's Message
17 Jul 2017 School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) 

 

SELEMBAR MUKADIMAH : MELANGKAH KE HADAPAN

 

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran atas kurnia limpahNYA kita dapat bersama-sama meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan di SMJK Chung Hwa Tenom pada Tahun Baharu 2018 ini.

 

Selaras dengan Gelombang 2 (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM (2013-2025), seluruh warga SMJK Chung Hwa pasti akan menyahut seruan dan cabaran untuk memacu peningkatan kecekapan sistem penyampaian pendidikan kita. Cabaran dalam Alaf Pendidikan Ke-21, menuntut barisan guru bukan sekadar mencurah ilmu, khidmat bakti dan tunjuk ajar tetapi juga memikul tanggungjawab dan amanah untuk membina generasi pewaris kepimpinan negara. Kemenjadian unggul anak didikan dari segi pengetahuan, kemahiran, akhlak dan keperibadian akan menjadi kayu pengukur peranan yang dimainkan oleh SMJK Chung Hwa Tenom dalam mengangkat martabat sistem pendidikan negara.

 

Oleh itu, semua warga sekolah harus mendokong Pelan Pembangunan Profesional Berterusan PPPB untuk meningkatkan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai profesional bagi memantapkan lagi kualiti, pengurusan dan kepimpinan individu secara berterusan.  Peningkatan kompetensi dan keberkesanan PdPc seiring dengan perubahan dan tuntutan dunia realiti memastikan pembangunan modal insan selaras dengan aspirasi negara.

 

Maka Buku Panduan Staf 2018 ini akan menjadi salah satu pedoman bersama dalam kita mengupayakan tanggungjawab yang akan kita realisasikan sejajar dengan penekanan pembelajaran berorientasikan pertumbuhan (growth) dan berorientasikan pentaksiran dan peperiksaan bagi mencapai sekolah berkualiti dan kemenjadian murid berkualiti.  

 

Sebagai penyimpul harapan, sesungguhnya di tangan kitalah kejayaan dan kecemerlangan menjelma. Marilah bersama-sama sehati sejiwa menongkah azam ke arah mencapai kesejahteraan negara tercinta.

  丹中,最棒!CHUNG HWA TERBAIK”

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

KWOK CHEE YEN

Pengetua

SMJK Chung Hwa Tenom, Sabah




Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment