Pada 2-4 Mei 2008, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kokurikulum, Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, dan Unit Hal Ehwal Murid telah menganjurkan Kem Jati Diri untuk kali kelima. Tarikh program ditempah dua bulan lebih awal kerana jadual yang padat di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.
Sebanyak 8 guru dan 36 orang pelajar mengharung cabaran Taman Negara Pahang. En. Wua Tiew Jen, En. Chan Chin Ho, En. Tai Boon Kong, En. Adnan Bin Nordin, Cik Tan Cheng Pheng dan Pn. Too Chit Joan serta suami tersayang, iaitu En. Lim Jit Thong bertugas sebagai guru pengiring. Terdahulu, Kem Jati Diri SMJK Yok Bin dijalankan di Anjung Tasik, Kem Tasik Biru dan Pusat Kokurikulum Lanchang, Melaka.
Aktiviti Cave Exploration, Melawat Orang Asli, Video Show, Night Walk, Jungle Tracking ke Bukit Tresek, Jambatan Gantung, Boat Ride, dan Rapids Shooting menguji ketahanan fizikal dan mental kami.
Kem Jati Diri mampu mencipta suasana persekolahan yang ceria dan membina kepada para pelajar. Daripada penilaian yang dijalankan, semua peserta menggemari kem ini. Mereka amat beminat untuk menyertainya pada tahun hadapan. Yok Bin Boleh!!!