SMJK YOK BIN MELAKA


马六甲育民国民型中学
( The Cultured School 树立高尚校风 )
 
 
Teacher's Messages 教师讯息
DRAMA... ETHOS SMJK YOK BIN?
12 Jun 2008 Chan Chin Ho 

Baru-baru ini pasukan Drama Bahasa Inggeris SMJK Yok Bin telah mengulangi kejuaraannya pada tahun 2007 apabila diumumkan sebagai Johan Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka 2008 di Taman Budaya Melaka. Sekaligus, kejayaan buat kali kedua berturut-turut ini telah mengharumkan nama sekolah.

Pada tahun 2006, pasukan Drama English SMJK Yok Bin merangkul Naib Johan dalam pertandingan yang serupa. Namun, harus diingat bahawa saudara Eugene Toh telah telah meraih Anugerah Best Perfomer buat kali ketiga berturut-turut (2006, 2007 dan 2008). Tahniah kepada pasukan drama English SMJK Yok Bin.

Kita intai pula bibit-bibit perjalanan pasukan Drama Bahasa Melayu sejak tahun 2005. Penyertaan dalam Pertandingan Drama  Moden Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka 2005 berjaya melonjakkan nama sekolah menerusi drama 'Mimpi' apabila merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Saudara Tan Teck Chuan), Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik, sekaligus dinobatkan sebagai Johan keseluruhan.

Menyusul tahun 2006, trofi Pengarah Terbaik tetap utuh di genggaman kita. Namun, kita hanya berpuas hati dengan pencapaian sebagai Naib Johan menerusi drama sebabak 'Gantang' di Taman Budaya Melaka.

Pertandingan Drama Moden Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka 2007 menyaksikan taring kita yang sebenar apabila kita berjaya menggondol Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Saudara Tan Teck Chuan), Skrip Terbaik (Kaki Lima), Rekaan Set Terbaik (Saudara Eddie Teo). Drama 'Kaki Lima' diangkat sebagai Johan keseluruhan.

Dengan pencapaian yang gemilang itu, pasukan Drama SMJK Yok Bin diberi kepercayaan membawa nama BPR dan JPM Melaka ke Pertandingan Drama KOMSAS Peringkat Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2007 di Taman Budaya Pahang (taman budaya yang paling awal ditubuhkan). Durasi teater Titik-Titik Perjuangan karya Kala Dewata yang ditetapkan ialah selama 45 minit hingga 1 jam minit. Antara hakim yang terlibat ialah aktivis teater, dan juga penulis drama KOMSAS, En. Zakaria Ariffin, Roslan Madon, aktivis-aktivis seni dan teater negeri Pahang, wakil ASWARA, wakil KPM dan wail BPR. Siapakah yang boleh menyangkal kreadibiliti tenaga-tenaga profesional itu? 

Berkat kesungguhan peserta dan sokongan daripada pentadbir, pasukan drama Yok Bin mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila dinobatkan sebagai tempat ketiga keseluruhan dengan latihan dan persediaan yang kurang dari 3 minggu.

Tidak dapat dinafikan bahawa Pancaragam Simfoni dan pasukan bola keranjang merupakan ethos sekolah sejak zaman-berzaman.

Namun, belakangan ini, SMJK Yok Bin amat dikenali oleh kehebatan pasukan dramanya. Persoalannya, adakah drama itu ialah ethos SMJK Yok Bin? Atau drama itu sekadar di pinggiran lantaran mengikut musim datang dan pergi? Jika drama itu ialah ethos, apakah yang perlu dilakukan demi kesinambungan sebuah ethos? Semuanya itu perlu difikirkan demi sebuah ethos sekolah berbudaya tinggi. Sesungguhnya, tepuk dada tanya selera...





© Copyrights 版权 2006-2024 All Rights Reserved 版权所有
Template Designed By 模块设计者 Free Website Templates