今天是阳历 2024 年 04 月 25 日 星期四 农历 三月月 十七日

 

到武吉峇汝安老院拜早年 Lawatan Ke Rumah Sejahtera, Bukit Baru, Melaka
29/01/2016 • School Admin - SMJK KATHOLIK • Filed Under 文件存於 Lawatan • SMJK KATHOLIK MELAKA 马六甲公教国民型华文中学

马六甲公教国民型华文中学于2016年1月29日到武吉峇汝安老院送爱心、拜早年! 

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Dasar Warga Emas Negara dan Program Rimup Kelompok. Program Rimup Berkelompok diadakan bersama SMJK Notre Dame Convent dan SMJK Katholik, Melaka. Jawatankuasa SMJK Katholik, Melaka telah memberi peluang kepada 29 orang pelajar daripada Tingkatan 4B dan 10 orang ahli pancaragam sekolah dari pelbagai tingkatan untuk menyertai program ini. Para pelajar telah membantu warga emas untuk menghias kawasan Rumah Sejahtera untuk menyambut Tahun Baru Cina. Para pelajar juga membuat persembahan pancaragam dan nyanyian untuk warga emas di situ.

Semua warga guru SMJK Katholik sangat bermurah hati untuk memberi derma kepada warga emas tersebut di mana kutipan derma diagihkan kepada warga emas seperti berikut, setiap warga emas diberi duit angpow sebanyak RM 10, sebungkus biskut Julie’s Golden, 2 biji buah limau mandarin dan 1 sachet kopi campuran. Kesemua 30 orang warga emas berpeluang mendapat angpow dan barang yang disediakan dengan perasaan yang gembira. 

            Para pelajar diberi peluang untuk melawat tempat tinggal dan berkenalan dengan warga emas di Rumah Sejahtera secara temubual. Para pelajar menunjukkan sikap prihatin terhadap warga emas di situ. Melalui Program DWEN, para pelajar dapat memahami dan menanamkan sikap sayang menyayangi terhadap orang tua.