今天是阳历 2024 年 05 月 16 日 星期四 农历 四月月 初九日

 

Berita Dari Meja Kaunselor Untuk Minggu ini 16-20 Jan 2011
17/01/2011 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (KELANTAN) • SMJK CHUNG HWA 吉兰丹中华国民型中学

 

•1.      Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP 2 dgn 3)

Pelajar yang ingin membuat permohonan biasiswa boleh dapatkan borang daripada kaunselor.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

•1.      warganegara Malaysia

•2.      Jumlah pendapatan kasar (sebelum tolak tanggungan) ibu bapa/ penjaga mestilah tidak    

melebihi RM1500.00 sebulan.

•3.      Cemerlang dalam Akademik dan Kokurikulum.

 Sila hantar borang permohonan bersama-sama dengan salinan IC pelajar, ibu, bapa, slip gaji (original) dan keputusan peperiksaan. Hantar  pada /sebelum Hari Khamis 20/1/2011

 

•2.      Permohonan KWAPM (E-Kasih)

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang miskin yang ingin mendapatkan bantuan.

      Syarat-syarat permohonan

      i   Warganegara Malaysia

      ii  KIR berdaftar dengan system ekasih dan disahkan Miskin@Miskin Tegar.

      iii Pendapatan isi rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa

          RM 720 bulanan/ RM 180 perkapital(Miskin)

          RM 430 bulanan/ RM 100 perkapital(Miskin Tegar)

     iv Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/ Biasiswa Sukan/     

        Biasiswa Kerajaan Negeri/Swasta/Yayasan TIDAK LAYAK dipertimbangan menerima  

        bantuan KWAPM

     v Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU), mereka tidak layak menerima bantuan KWAPM  

        kerana telah dibayar Elaun OKU(RM 150/bulan).

 

3. Permohonan Program Pertukaran Pelajar Antara Budaya (AFS). Pelajar-pelajar yang berminat bolehlah mendapatkan borang permohonan daripada kaunselor.