今天是阳历 2024 年 04 月 26 日 星期五 农历 三月月 十八日

 

SMK Chung Hua: Keputusan PMR 2012 Cemerlang
26/12/2012 • School Admin - SMJK CHUNG HUA MIRI • Filed Under 文件存於 SMK Chung Hua,  • PMR,  • 2012,  • Miri • SMK CHUNG HUA (CF) MIRI 美里中华中学

PMR 2012 Result         (SMK Chung Hua Miri)      

No. Straight A's Students:

8A:45, 7A: 4. Total: 49

No. Students getting

8A: 45, 7A: 36, 6A: 32, 5A: 24. Total:  137

Overall  passing rate:      90.65 % 

Keputusan Cemerlang PMR SMK Chung Hua 2012

(MIRI, 19 DEC) Dalam pengumuman keputusan PMR tahun ini, SMK Chung Hua Miri telah melahirkan 81 calon yang mendapat 7A ke atas. Daripada 81 calon ini, seramai 49 orang calon berjaya mendapat semua A dalam PMR. Antaranya calon yang mendapat semua A ialah (nama sila rujuk kepada lampiran PMR 2012 Result).

            Dalam keputusan PMR 2012, 45 orang calon mendapat 8A, 36 orang mendapat 7A, 32 orang mendapat 6A dan 24 orang mendapat 5A. Secara keseluruhannya, calon yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang berjumlah 137 orang.

 Encik Wong King Kui, pengetua SMK Chung Hua Miri, mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, dan berharap agar mereka dapat berusaha dengan lebih gigih, serta belajar dan mengembangkan potensi diri secara  sihat dan gembira dalam suasana pembelajaran SMK Chung Hua Miri yang cukup baik. Kecemerlangan keputusan PMR turut menunjukkan arah tuju SMK Chung Hua Miri yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran para pelajar dalam segenap segi telah membuahkan hasil yang menggalakkan. Untuk itu, setiap pelajar mempunyai peluang yang sama rata untuk belajar serta memperkembangkan bakat masing-masing.  

            Pada masa yang sama, Tan Sri Dato Paduka Chai Yu Lan, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, mengucapkan penghargaan beliau terhadap para guru atas usaha dan pengorbanan mereka. SMK Chung Hua Miri telah melahirkan calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2012. Ini menunjukkan sumber guru yang profesional serta taraf pencapaian akademik SMK Chung Hua Miri yang tinggi. Beliau meggesa para pelajar terus menggandakan usaha untuk mencapai mendapat keputusan yang lebih baik dalam SPM nanti.

            Tan Sri Dato Paduka Chai menegaskan bahawa bukannya mudah untuk sesebuah sekolah mementingkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum . Yang  lebih membanggakan, SMK Chung Hua Miri telah berjaya melahirkan pelajar dengan menguasai 3 bahasa di bawah pentadbiran bijaksana serta sumber pendidik yang sempurna. Pada masa yang sama, pihak sekolah turut berkemampuan memperkembangkan pembangunan pelajar dari segi intelek, emosi, psikologi, fizikal, serta kepemimpinan menerusi pelbagai aktiviti sekolah yang menarik, bagi menjamin pembangunan insan yang seimbang dan harmoni dalam pelbagai bidang, serta berazam tinggi,bersemangat, dan mencintai bangsa dan tanah air ini.

            Tan Sri Dato Paduka Chai Yu Lan berkata bahawa beliau bersama dengan Tan Sri Dato Paduka Dr. Ting Pek Khiing meletakkan harapan yang tinggi terhadap para pelajar SMK Chung Hua Miri. Justeru, beliau menyeru semua pelajar SMK Chung Hua Miri berusaha dengan penuh dedikasi, dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, serta memperkembangkan bakat masing-masing, supaya nama baik SMK Chung Hua kekal selamanya seiring dengan keupayaan para  palajar yang dapat menerajui pelbagai bidang pada masa yang akan datang .

Bayak lagi ...