今天是阳历 2024 年 04 月 19 日 星期五 农历 三月月 十一日

 

PROGRAM KELESTARIAN SEKOLAH HIJAU 校园绿化运动 [09.03.2018]
09/03/2018 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

“Ke arah sekolah hijau yang lestari”

Kelab Pencinta Alam bersama Panitia Geografi SMJK Chung Hwa mengadakan Program ”Kelestarian Sekolah Hijau” pada 09 Mac 2018  jam 4 petang di tapak baharu Taman Mini PIBG. Program ini dirasmikan oleh Encik Simon Mamat, wakil kepada YB Datuk Seri Panglima Radin Malleh S.P.G.D.K., P.G.D.K.  Aktiviti menanam anak pokok bunga untuk majlis perasmian Program "Kelestarian Sekolah Hijau" juga melibatkan semua guru dengan kerjasama PIBG sekolah.

SMJK Chung Hwa Tenom juga telah pun menjadi Rakan Taman dengan Taman Pertanian Sabah(TPS) setelah menerima kunjungan daripada wakil TPS yang diketuai oleh Cik Nurul Syierah Tasim pada 12 Februari 2018. Pihak sekolah amat berbesar hati kerana TPS sudi menyumbangkan 300 ’poly bag’ anak pokok bunga dan ini amat membantu dalam perlaksanaan Program Kelestarian Sekolah Hijau. 

本校环保学会及地理学会于日前成功举行校园绿化运动,并获得丹南农业公园赠送树苗,其代表西蒙马玛先生亦参于植树活动。