今天是阳历 2024 年 04 月 26 日 星期五 农历 三月月 十八日

 

SE[2018-21] Program Ketua Polis PP Bersama Guru & Pelajar Cina di Negeri Pulau Pinang
03/04/2018 • School Admin - SMJK PHOR TAY (PENANG, GEORGETOWN) • SMJK PHOR TAY 菩提国民型华文中学

Tarikh

:

30 Mac 2018

Masa

:

8.00 am – 1.00 pm

Tempat

:

Lot 33, Convention Centre, Prangin Mall

Perkara

:

Program Ketua Polis PP Bersama Guru & Pelajar Cina di Negeri Pulau Pinang

 

 

 

        Seramai 8 orang murid bersama dengan 2 orang guru, teleh menghadiri Program Ketua Polis Pulau Pinang Bersama Guru dan Pelajar Cina Negeri Pulau Pinang.  YDH CP Dato' A. Thaiveegan, Ketua Polis Pulau Pinang telah hadir menyempurnakan program tersebut bertempat di Lot 33, Convention Centre, Prangin Mall Sub Basement, George Town, Pulau Pinang.   

 

        YDH CP Dato' Ketua Polis Pulau Pinang menasihati pelajar agar melaksanakan perkara-perkara yang baik seperti mendengar nasihat, menerima tunjuk ajar dan memberi kerjasama kepada guru serta pihak sekolah, menyumbang kepada prestasi dan nama baik sekolah, berbakti kepada ibu bapa serta menjadi seorang insan yang berjaya dan perbanyakkan melakukan perkara kebaikan dan tinggalkan keburukan. "Budi Pekerti dan Nilai-Nilai Murni, jadikan amalan supaya anda menjadi pelajar yang cemerlang".