今天是阳历 2024 年 04 月 20 日 星期六 农历 三月月 十二日

 

MAJLIS PENGIKTIRAFAN KECEMERLANGAN AKADEMIK NEGERI SABAH (MEKAR) KALI KE - 6 第六届沙巴教育局卓越成绩表扬典礼 [06.04.2018]
09/04/2018 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik Negeri Sabah (MEKAR) Kali Ke – 6 telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 06 April 2018, jam 6 petang di Grand Ballroom, Pacific Sutera. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Bin Senin.

MEKAR merupakan majlis pengiktirafan kepada sekolah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan awam (UPSR, SPM dan STPM) serta memberi pengiktirafan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan awam, pengurusan akademik, pengurusan LINUS 2.0 dan prasekolah.

SMJK Chung Hwa Tenom telah dianugerahkan Tempat Ketiga Gred Purata Sekolah Terbaik SPM 2017 Kategori Sekolah Menengah Harian Luar Bandar.

本校在日前由沙巴教育局主办的2017年沙巴教育局卓越成绩表扬典礼中荣获本州郊区中学组最佳平均等级第三名,为丹南争光,为华教争荣。