今天是阳历 2018 年 08 月 16 日 星期四 农历 7月 6日

 

Persidangan Mini Parlimen SMJK Shan Tao dengan usul yang sangat menarik
07 Jun 2018 School Admin - SMJK SHAN TAO (SABAH) Filed Under 文件存於 parlimen - From 从 : SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SHAN TAO 善导国民型中学

Persidangan mini parlimen yang berlangsung selama 2 jam mulai jam 10 pagi di Dewan Father John Yong SMJK Shan Tao pada 7 Jun 2018, dimana membincangkan usul Penggunaan Tablet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh Parti Khidmat Shan dan Parti Belia Shan. Speaker persidangan ini ialah En. Paternus Marcus Mujamah. Ahli parlimen jemputan daripada SM La Salle Kota Kinabalu bertindak sebagai pemerhati.

Antara objektif penggunaan tablet dalam PdPc adalah untuk memudahkan murid-murid akses maklumat dengan cepat dan tepat serta membuat rujukan secara atas talian dengan pantas, berinteraksi dan berkolaborasi tanpa had masa serta limit jarak. Usul-usul yang dibincangkan adalah tertumpu kepada Penggunaan Tablet dalam Pengajaran dan Pembelajaran seperti, jenis tablet, bilangan tablet, cara penyimpanan tablet, keselamatan perkakasan dan data, pelaksanaan WiFi seluruh sekolah serta kos keseluruhan projek. Usul ini juga mendapat sokongan daripada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan juga PIBG.












      School Name 学校名称
      Online Resource Information 线上资源资讯
      News & Events 学校新闻
      Events Calendar 每日事件
    0 Chinese Reading Guide 华文导读

    For all queries and support, please contact:
    如果有任何疑问和支援需要,请联络﹕

    SMJK Support Team 华中网支援团队
    Phone 电话 : +6084 333366
    Fax 传真 : +6084 314555
    or 或者
    Email 电子邮件: