PENYERTAAN PERTANDINGAN PIDATO KEM PEMAKANAN DAN KELUARGA SIHAT PERINGKAT DAERAH TENOM 2018 [16 – 17.11.2018]
25/11/2018 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学
Kem pemakanan dan keluarga sihat yang diadakan pada 16 – 17 November 2018 merupakan anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Tenom dan Skim Penempatan Getah Lagud Seberang (LIGS) bertempat di Dewan Skim Lembaga Industri Getah Lagud Seberang. SMJK Chung Hwa telah menghantar 2 wakil pelajar untuk menyertai Pertandingan Pidato semasa kem tersebut iaitu Celestina Ceilo Piong dan Ilmi Madihah Binti Mohd Yusman dan diiringi oleh Pn Norhafiza Binti Husin dan Cik Syazwani Binti Suhaidi. Berikut merupakan pencapaian kedua-dua wakil murid : i. Celestina Ceilo Piong (Naib Johan) ii. Ilmi Madihah Binti Mohd Yusman (Saguhati) |