今天是阳历 2024 年 04 月 20 日 星期六 农历 三月月 十二日

 

MALAM MESRA STAF SMJK CHUNG HWA TENOM 2018 丹中年终晚宴 [22.11.2018]
25/11/2018 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • SMJK CHUNG HWA TENOM 丹南中华国民型华文中学

Malam Mesra Staf SMJK Chung Hwa Tenom telah diadakan di Yit Foh Coffee Park pada 22 November 2018. Selain semua staf SMJK Chung Hwa Tenom, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan AJK LPS, YDP PIBG dan AJK PIBG turut hadir bersama untuk memeriahkan malam mesra staf ini. Encik Ng Tet Hau selaku Pengerusi LPS telah merasmikan Malam Mesra Staf 2018.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu pertandingan permainan, pertandingan nyanyian, pertandingan tarian, penyampaian hadiah-hadiah, anugerah-anugerah khas, insentif kelas tambahan dan sijil-sijil penghargaan. Selain itu terdapat juga acara sambutan hari jadi dan cabutan bertuah.